Sabtu ahad merupakan hari paling bahagia. Mana tidaknya, masa inilah kamu dapat meluangkan masa dengan teman atau keluarga. Bagi yang sudah bekerja, inilah momen paling sesuai untuk kamu membeli-belah menambah pakaian berjenama di dalam almari pakaian kamu. Bagi yang masih belajar, kamu tidak akan selalu pulang ke kampung halaman pada hujung minggu kan? Jika bersama keluarga, tidak terlalu banyak duit akan dikeluarkan, tapi bila tinggal di hostel atau rumah sewa bersama rakan-rakan, mulalah duit keluar macam air.
01
Set bajet mingguan dan jangan lari bajet!
Jangan asyik jadikan aktiviti hujung minggu kamu dengan memerap di dalam bilik sambil menonton Netflix atau You Tube. Kamu layak untuk bersuka ria pada hujung minggu. Set berapa ringgit yang kamu mampu untuk keluar dari rumah dan jangan pinjam duit kawan jika nafsu tu membuak-buak bila terlihat barang yang kamu suka. Terus pulang ke rumah jika duit yang diperuntukkan untuk minggu itu hampir habis. Minggu depan kan ada lagi. Terus terang dengan rakan-rakan kamu yang tentang bajet kamu dan jangan mudah terpedaya dengan ajakan kawan.
02
Selidik Restoran murah dan ada promo!
Makan sambil lepak sambil mengambil ootd anda atau makanan memang seronok. Apa kata sehari sebelum, atau sebelum keluar dari rumah, search internet dulu kafe hipster mana yang murah, atau sepanjang minggu tu, cuba check restoran mana yang menawarkan set murah pada hujung minggu. Kalau nak sangat makan mahal hujung minggu, kumpul duit dan berjimat. Barulah duit tu tak overspend.
03
Makan dahulu sebelum keluar rumah
Disarankan sebelum keluar dari rumah, makanlah apa yang ada. Macam roti cicah susu ke, makan nasi ke. Terpulang. Ini untuk mengelakkan kamu kelaparan dan memesan jumlah makanan yang banyak. Jika goal
kamu nak berjimat, maka pilih makanan yang murah dan tidak terlalu banyak kuantitinya. Sentiasa bekal air masak dalam tas tangan. Jadi, tak payah order air. Minum je air masak.Jadi, lepas ni tak ada masalah nak hang out dengan kawan-kawan. Hanya perlu bijak menguruskan duit je. So, minggu ni nak lepak mana?