3 Sebab Kenapa Arab Saudi Baru Mansuh Larangan Memandu Ke Atas Wanita SEKARANG

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

24 Julai lalu merupakan tarikh keramat terhadap semua wanita di Arab Saudi.

 

Larangan memandu yang diletakkan ke atas wanita negara itu telahpun dimansuhkan secara rasmi. Untuk meraikan tarikh ini, beribu-ribu wanita berkumpul di jalan-jalan di Riyadh dan kota besar lain untuk menyambut kebebasan mereka sebagai seorang pemandu.

Tetapi pernah tak korang terfikir, mengapa ia baru dimansuhkan sekarang?

 

01

Pertama, pemansuhan ini adalah sebahagian daripada pelan kerajaan untuk membangunkan ekonomi Arab Saudi dan menurunkan subsidi atau kemudahan kerajaan kepada rakyat di sana.

Harga minyak yang rendah telah memakan bajet negara dan pihak berkuasa kini memerlukan tenaga pekerja yang lebih ramai untuk membantu pelbagai sektor ekonomi di Arab Saudi.

Dengan memansuhkan larangan ini, lebih ramai wanita yang akan menyertai sektor pekerjaan lalu mengembalikan harapan Arab Saudi untuk mencapai Visi 2030 mereka.

Mereka ingin melihatt 30 peratus daripada jumlah pekerja di Arab Saudi terdiri daripada wanita.

 

02

Tentunya, keputusan sebesar ini akan ada impaknya terhadap imej pemimpin. Pada tahun lalu, Putera Mohammed Bin Salman yang berusia 31 tahun telah dilantik sebagai Putera Mahkota.

Bagi meningkatkan karisma pemimpin baru ini di dalam dan di luar negara, baginda cuba untuk memenangi hati rakyat dengan isu hak wanita seperti larangan memandu ini.

 

03

Bukanlah bermakna ia adalah ‘PR Stunt’ yang mementingkan diri pemimpin saja. Pemansuhan ini masih dilihat sebagai satu perkara positif setelah kaum wanita Arab Saudi telah membantah pemansuhan ini sejak 1990.

Pada tahun lepas saja, wanita aktivis dipenjarakan selepas mereka menentang larangan memandu ini dilakukan secara besar-besaran. Kontroversi ini telah mendapat perhatian dunia yang merasakan Arab Saudi tidak bersikap adil kepada mereka.

Dengan pemansuhan ini, secara tak langsung wanita Arab dapat merasakan kebebasan dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.

 

Published by
FZ