Bila dah berputus asa dalam berdoa, ada sesetengahnya yang mempersoalkan kenapa doanya tidak dimakbulkan, terutamanya tentang jodoh.

Memang benar tidak semua doa akan dimakbulkan kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya. Tapi tak bermakna kita perlu berputus asa untuk terus berdoa.

Kajian daripada LPPKN menjelaskan bahawa takrif umur kahwin lewat ini adalah sekitar 37 tahun bagi lelaki dan 33 tahun bagi perempuan.

Ada yang menanggap belum dipertemukan jodoh kerana Allah tidak memakbulkan doanya. Namun, menurut portal BaitulMuslim.com, mungkin ada beberapa sebab kenapa doa korang untuk mendapat jodoh masih belum dijawabNya.

1. Doa yang memaksa

Doa yang korang minta tu seperti memaksa supaya dikabulkan dengan segera. Sebagai umat manusia, kita hanyalah seorang hamba yang tiada kuasa untuk mengatur setiap perjalanan hidup.

Ads

Contoh doa yang seperti memaksa adalah seperti, “Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia, andai jodoh dia dengan orang lain maka jadikanlah aku orang lain itu agar aku menjadi jodoh dia…”

Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “Akan dikabulkan doa setiap di antara kalian, selama dia tidak tergesa-gesa. Dia berkata, “Aku telah berdoa kepada Allah namun belum di kabulkan.” (HR. Bukhari dan Muslim).

3 Sebab Kenapa Doa Korang Untuk Dapat Jodoh Tak Makbul

Ads

2. Doa yang tidak bersungguh

Dalam erti kata lain, berdoa secara main-main. Mulut berdoa macam-macam tapi hati dan fikiran melayang memikirkan perkara lain. Apa yang korang doa tu tak dihayati dan difahami dengan betul.

Ada juga yang hanya meminta doa untuk dipertemukan dengan pasangan hidup dan berdoa ketika ditimpa masalah saja. Sedangkan doa juga merupakan satu ibadah.

“Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan”. (HR Tirmizi)

Ads

3. Doa tanpa usaha

Paling sia-sia adalah bila korang berdoa tapi tak diiringi dengan usaha. Ia juga boleh dianggap sebagai seorang hamba yang sombong.

Hanya berdoa dari segi percakapan dipermudahkan urusan jodoh, tapi tidak berusaha untuk mencari.

Tidak semua doa akan dimakbulkan Allah tapi sebagai hambaNya, kita harus sentiasa memohon dan perlu istiqamah dalam melakukan ibadah ini.

Kalau kita nak sesuatu, mesti perlu berusaha juga kan? Jadi, jangan hanya bercakap di mulut “Aku nak kahwin” atau “Berikanlah aku jodoh yang baik” tapi korang sendiri pun tak ada usaha untuk ke arah itu.

Sumber: Baitulmuslim

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI