Wow, memang amazingkan pencapaian pelajar ini. Sudah tiga semester dan sudah tiga kali jugalah dia menerima anugerah dekan. Ternyata, bukan calang-calang pencapaiannya. Apa rahsia pelajar ini belajar sehingga dia tersenarai “dean list” dalam setiap akhir ujian semester?.
Sitti Saleha Md Yuusof, 22 dari Jabatan Bahasa Melayu Profesional, Fakulti Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya berkongsi caranya belajar. Mana tahu, tips yang dikongsikannya ada manfaat buat pelajar lainkan.
Kata Sitti Saleha, semasa tahun satu semester 1, pointernya, 3.83. Kemudian, dia mendapat 3.97 dalam ujian akhir semester tahun satu. Namun di tahun 2 semester 1, pointernya menurun kepada 3.72 namun masih melayakkkan dirinya tersenarai dean list. Di sebalik penurunan pointer itu, ada kisah sedih yang terjadi sebenarnya.
Sitti Saleha seorang yang sangat bersemangat khususnya dalam pelajaran
Tapi sebelum itu, baca dulu cara Sitti Saleha belajar. Semoga ada manfaat buat pelajar lain, katanya.
“Saya seorang yang begitu ambil berat tentang pelajaran. Keduanya saya suka bersaing dengan pelajar lain kerana ia menjadi inspirasi untuk saya berjaya.
“Ketiganya, kejayaan saya hari ini adalah inspirasi dari kesusahan dan kesakitan yang ditanggung oleh arwah ibu, Noraini Musalin. Bila melihatnya, saya tahu, saya perlu bersungguh-sungguh ketika belajar. Selepas habis berusaha, saya serahkan segalanya kepada Allah SWT. Paling penting, usaha, tawakal dan doa, inilah yang saya pegang rapat-rapat dalam hidup,” katanya berkongsi tip belajar.
Dalam pada itu, jelas Sitti Saleha, dia akan membaca semua topik tanpa meninggalkan satu bab pun.
“Saya tak pilih topik-topik skop yang dijangka keluar. Takut tak keluar semasa exam. Sebaliknya saya baca semua. Kemudian, saya akan buat nota kecil dan membaca semula apa yang saya tuliskan tadi,”katanya menambah, apa yang penting dia akan mencari bahan sampingan yang tidak diajar oleh pensyarah semasa di dalam kelas.
“Ini kerana bila kita ada maklumat tambahan, ia lebih berguna kerana kita akan terus membaca sambil menyalinnya,”katanya mengukir senyuman.
Ads
Mungkin cara setiap pelajar itu tidak sama, tetapi akui Sitti Saleha, dia paling suka study di dalam biliknya. “Kalau dalam bilik, apa yang saya baca boleh masuk. Saya tak boleh study dalam library. Lagi senyap lagi saya tertidur. Atas katil pun saya boleh belajar,’ katanya mengukir senyuman.
Ditanya tentang study last minute, Sitti Saleha ada pendapatnya tersendiri.
“Bagi saya tak salah kalau dia sudah faham topik dari awal dan study last minute ini Cuma untuk refresh sahaja. Tapi jangan study betul-betul last minute tanpa kita faham topik sebelumnya, itu mungkin boleh menjerat diri sendiri,’ katanya yang memegang prinsip tak sukakan kepada kekalahan.
“Bagi saya, kegagalan adalah satu pilihan. Jadi kita kena berusaha dan terus berusaha selagi mampu tanpa mengalah. Selebihnya kita serahkan kepada Allah taala bersama doa agar dipermudahkan semua urusan kita seharian,” katanya yang memberi nasihat kepada rakan sebaya untuk faham mengapa tugas sebagai pelajar itu sendiri.
Kata Sitti Saleha, apa paling penting ialah NIAT. Kalau niat untuk belajar itu baik, maka baiklah sehingga pengakhirannya,” katanya mengakui dia seorang yang suka bercakap.
Ads
Tak hairanlah, dengan semua sikap positifnya, dia menerima tiga kali anugerah dekan dan target utamanya adalah dinobatkan sebagai penerima Ijazah Kelas Pertama Atas selain menerima Anugerah Pelajaran DiRaja di akhir pengajian kelak.
Suka mencabar diri sendiri dan inilah semangatnya untuk berjaya
Bersemangat betulkan bila tersenarai dalam list dean nie. Kata Saleha, majlis dean list kali ketiga belum dilakukan lagi oleh pihak UM. Tahniah dari Remaja
Sudah bacakan semangat Sitti Saleha di atas. Namun di sebalik semua kejayaannya itu, kata Saleha dia mahu buktikan kepada arwah ibunya yang meninggal semasa hari raya tahun lalu bahawa dia boleh berjaya dalam pelajaran.
“Semasa arwah mak meninggal, saya terlalu sedih. Selama ini saya terinspirasi dari kesusahan kehidupannya. Saya mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mak merasai kesenangan. Tapi Allah terlebih dahulu menyayanginya.
“Sebab itulah semasa tahun dua semester 1, keputusan saya merosot sedikit kerana arwah mak sudah pergi. Kini saya hanya bermanja dengan nenek dan saya sendiri tidak tahu di mana ayah kerana dia pergi meninggalkan kami ketika masih kecil lagi,” katanya yang dilihat masih positif.
Ads
Kenangan bersama arwah ibunya, Noraini Musalin yang menjadi inspirasi untuknya berjaya dalam pelajaran
Bersama rakan pengajian, Elie dari Fakulti Undang-undang (syariah) yang juga sudah dua kali menerima anugerah dekan
Demi menyambung pengajiannya, akui Sitti Saleha, dia bekerja secara sampingan untuk menambah pendapatan.
“Saya kerja di pasaraya demi mencari duit belanja di universiti. Duit pinjaman PTPTN yang saya peroleh hanya RM3000 lebih. RM1000 lebih sudah diperuntukkan untuk pengajian, lebih kurang RM1000 untuk bayaran sewa rumah kerana saya tidak dapat asrama untuk tahun dua ini dan bakinya lebih kurang RM900, saya gunakan untuk makan dan buku-buku pengajian. Kadang kala bapa saudara ada memberi sedikit wang untuk pengajian,”katanya yang dilihat cukup bersemangat kuat.
Sekali pun dilanda pelbagai ujian tetapi Saleha akui dia bukan seorang yang mudah putus asa dalam hidupnya.
So semua, tak kiralah apa saja ujian dan kesusahan hidup yang penting kita perlu ada matlamat dan tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan. Remaja mendoakan agar kejayaan sentiasa melingkari kehidupan remaja ini pada masa-masa akan datang dan dalam pelajarannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuala Lumpur punya lokasi misteri untuk pengguna Instagram.
Sebagai penduduk bandaraya Kuala Lumpur, korang mungkin aware dengan beberapa hot spot yang popular di kalangan masyarakat Malaysia dan pelancong asing. Menara Kuala Lumpur, menara berkembar KLCC, bangunan APW dan beberapa lagi spot popular merupakan lokasi wajib untuk seorang pengguna Instagram masukkan dalam koleksi foto mereka.
PULP by Papa Pelheta di APW Bangsar. IG: @ashraffmoghni
Namun, Kuala Lumpur sebenarnya mempunyai beberapa lagi spot menarik untuk dimasukkan dalam senarai korang. Cuma kita kena lebih peka dengan keberadaannya.
* * * * *
01
KL Forest Eco Park
Inilah dia hutan hujan asli Kuala Lumpur yang masih bertahan. Tidak jauh terletak dari Menara KL, ia juga merupakan antara hutan yang paling lama dipelihara agar ia terjaga dan tidak dimusnahkan.
Dahulunya ia digelar sebagai Bukit Nanas Forest Reserve, kini dengan penjenamaan semula, korang boleh menikmati laluan jambatan tergantung sepanjang 200 meter untuk mengambil gambar Kuala Lumpur dari udara.
* * * * *
02
Merchant’s Lane
IG: @y.liao
Dahulunya, laluan ini hanyalah sebahagian daripada kawasan Petaling Street yang dipenuhi dengan kedai. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan ini sudah berubah wajah sebagai laluan kafe cantik.
Antara kafe menarik di sini ialah Merchant’s Lane yang menyediakan pelbagai jenis menu masakan. Fusion, masakan Melayu, Chinese food – just name it. Ia juga mengingatkan penulis kepada kafe di Penang dan Singapura.
* * * * *
03
Serani Row
Dari kiri laluan Jalan Raja Chulan, korang dapat melihat kelompok bangunan lama yang telah berubah wajah menjadi lebih artsy dengan lukisan mural.
Serani Row yang dibina pada tahun 1930 dahulunya merupakan kediaman komuniti elit Eurasian. Golongan lord lah ni. Kini, ia menempatkan beberapa buah kafe menarik seperti untuk dikunjungi. Do not miss your chance untuk mengambil gambar di restoran ‘Pampas’ & ‘Antara’.
* * * * *
04
Zhongshan Building
IG: @tucksum
Dibina pada era 1950-an, Zhongshan Building yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada kawasan kedai di Kampung Attap kini bertindak sebagai hab seni bagi golongan independent (indie).
Dibiaya oleh Think City, ia menjadi lokasi terbaik yang menganjurkan beberapa acara pameran atau weekend activities yang berkaitan dengan dunia seni halus. Jika korang mencari studio risograph printing dan kedai rekod lama, muzik dan berbual dengan golongan remaja indie, this is the place.
* * * * *
05
Chocha Foodstore
IG: @iamnazirul
Juga sebuah lagi kafe yang terletak di Petaling Street, restoran yang mempunyai dekorasi dalaman yang cukup menarik ini membuatkan foto korang di Instagram lebih autentik. Mesta akan ada followers yang bertanya di manakah terletaknya kafe ini.
Jika kamu merupakan first timer di Chocha Foodstore, penulis mencadangkan agar korang memesan seteko teh Cina dan nikmati the calmest conversation di sini bersama rakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari pandangan luar, kita melihat kelompok selebriti yang berpengaruh dan mempunyai nama besar sebagai individu yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi, tidak gentar untuk berdepan khalayak ramai dan juga sentiasa tampi bersedia dengan apa jua cabaran.
Namun kita terlupa bahawa selebriti juga merupakan manusia biasa yang mempunyai isu peribadi dan kekurangan diri juga. Cuma apabila ada sesuatu yang ‘mengundang’ berlaku dalam hidup mereka, perhatian yang diberikan terhadap mereka berkali-kali ganda lebih dapat dirasai tekanannya.
Itulah yang berlaku kepada pelakon dan usahawanita terkenal, Mawar Rashid semalam sewaktu menghadiri acara pelancaran produk baharu jenama Mawarose dan buka puasa bersama rakan media semalam.
Sebelum dijemput keluar ke atas pentas utama untuk berhadapan dengan pemberita, Mawar yang juga merupakan finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15 dipercayai berdepan serangan keresahan ataupun anxiety attack.
Anxiety attack bukanlah suatu perkara baharu malahan ia kerap menyerang sewaktu kita tidak menjangkakannya.
Setelah Mawar dijemput ke pentas bagi memberikan kata-kata aluan, secara tiba-tiba dia merasa terganggu lalu dilihat mengalirkan air mata sebelum dirinya cuba ditenangkan oleh suami yang setia berada di sisi.
Berdasarkan beberapa video dan foto yang dikongsi oleh rakan pemberita lain, Mawar kemudiannya beralih ke tepi pentas untuk menenangkan diri sambil suaminya, Raf Yaakob meneruskan sesi pengenalan tersebut bersama wakil perniagaan Mawarose, Lily Rashid yang memberikan penerangan mengenai salah satu produk yang dilancarkan iaitu Lip Plumper.
Raf seterusnya menenangkan khalayak pemberita di hadapannya dengan menjelaskan bahawa serangan gelisah boleh terjadi seperti yang mereka semua sedang saksikan tanpa mengenal masa atau tempat.
Beliau memujuk Mawar untuk kembali ke pentas dan meneruskan ucapan. “You are not a loser, you are a winner sayang. Okay? I’m with you for the rest of my life okay? Will you start your speech? I’m with you,” kata Raf.
Aww sweet sangat, kan?
Mawar akhirnya memberanikan diri untuk memberikan ucapannya terhadap pencapaian melancarkan tiga produk berbeza Mawarose semalam.
“Mawar tak pernah bayangkan akan mendapat pencapaian seperti ini. Bukan mudah untuk Mawar mulakan perniagaan Mawarose ini. Terima kasih Mummy kerana selalu membuatkan saya, anak-anak lain dan menantu semua gembira. Mummy berikan segalanya, usaha. Tidak lupa juga kepada ibu mertua saya, anda selalu ada bersama saya,” katanya.
Ini bukanlah kali pertama seorang selebriti tempatan diserang rasa gelisah di hadapan khalayak ramai. Jika korang masih ingat pada akhir tahun lalu, pelakon Maya Karin hampir mengelak daripada menjadi rakan penyampai kepada Faizal Hussein semasa acara Festival Filem Malaysia ke-32 setelah beliau merasai bakal diserang serangan panik sebelum naik ke pentas.
Faizal pada waktu tersebut cuba memujuk dan menyakinkan Maya untuk menguatkan diri dan kekal tenang untuk bersama-samanya muncul di atas pentas bagi melaksanakan tugasan tersebut. Maya cekalkan hati dan membaca skrip biarpun jelas tangannya pada waktu itu sedang menggeletar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...