3 Sindrom Ketika Tarawih Yang Confirm Korang Pernah Jumpa

Share

Salah satu yang menariknya bila tiba Ramadan adalah mengerjakan solat tarawih. Time ni la korang dapat tengok masjid penuh dengan umat Islam tak kira usia dan jantina.

Tapi, bila dah ramai-ramai tu tentu perangai pun macam-macam. Seperti perkongsian yang dibuat oleh Farah Lee ini, ada tiga sindrom yang selalu berlaku semasa tarawih di masjid. Tak kiralah sama ada korang berada di Malaysia, Korea, Makkah atau Madinah, pasti korang familiar dengan sindrom golongan-golongan yang dibincangkan ini.

1. ‘My territory. Park at your own risk’

Datang masjid, bawa sejadah sendiri. Hampar. Pilih tempat betul-betul bawah kipas atau di sebelah tiang, atau pintu supaya senang nak keluar.

Bila imam seru untuk betulkan saf, golongan-golongan ni antara yang ‘degil’ sebab tak mahu berganjak. Sama ada mereka buat-buat tak pandang atau terus mula solat, dan ada juga yang memandang jemaah lain untuk merapatkan saf tersebut.

Mesti pernah jumpa kan kan?

2. ‘Awas! Saf bengkang bengkok di hadapan’

Sindrom ni memang agak kronik. Boleh kata hampir semua saf macam ni. Tak ramai yang peka tentang kepentingan meluruskan saf ketika solat. Sangat penting.

Dari sahabat Nu’man bin Basyir ra: Dulu Rasulullah meluruskan saf kami sehingga seakan beliau meluruskan anak panah, sampai beliau menganggap kami telah memahaminya. Beliau pernah keluar pada suatu hari, lalu beliau berdiri sampai beliau hampir bertakbir, maka tiba-tiba beliau melihat seseorang yang membusungkan dadanya dari saf.

Maka beliau bersabda, “Wahai para hamba Allah, kalian akan benar-benar akan meluruskan saf kalian atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian berselisih.” [HR Muslim]

Melurus dan merapatkan saf mampu menyatukan hati umat Islam. Mana taknya, bahu I bersentuhan dengan bahu you, kaki I bersentuhan dengan kaki you. Loving kan?

Secara tak langsung ia dapat menimbulkan rasa rendah diri, tak kiralah kita ni kaya atau miskin. Semua itu membawa maksud yang kita ni sama manusia di sisi Allah.

3. ‘Give way, I’m praying’

Sindrom ini korang boleh jumpa di masjid yang melakukan solat tarawih 20 rakaat dan jemaahnya juga lebih ramai. Tapi ramai yang memilih untuk bertarawih 8 rakaat sahaja. Bagi yang nak mendirikan solat witir di sana, mereka akan mencari ruang untuk melakukannya sebelum balik.

Namun begitu, terdapat golongan-golongan yang kurang bijak dalam memilih tempat untuk bersolat witir. Ada yang terus solat di kedudukan solat tarawih mereka walaupun tempat tersebut berhampiran jalan keluar jemaah lain yang memilih untuk tidak berwitir.

Ada juga yang bersolat di bahagian belakang ruang solat kerana tak nak bercampur dengan jemaah bertarawih 20 rakaat, tapi sebenarnya dia dah menyebabkan jemaah lain terpaksa lalu di depan mereka untuk ke pintu keluar.

Mesti korang familiar dengan situasi-situasi macam ni kan? Bukan hanya solat tarawih, solat fardu pun ada juga yang berperangai seperti ini. Cuma bezanya, jemaah tidaklah terlalu ramai jika nak dibandingkan pada bulan Ramadan.

Apa-apa pun, kalau ada sesiapa yang melakukan perkara-perkara tersebut, diharap korang boleh berubah demi kesenangan bersama, atau paling tidak pun share kan info ini kepada orang lain sebagai pesanan kan?

Published by
Noor Ain Norman