
Double Chin? No…..!!!
Siapa tak nak bentuk wajah cengkung dan tirus ala ahli kumpulan Blackpink Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa. Jangan risau, korang masih boleh diselamatkan walaupun berwajah ‘tembam’.
Caranya sangat mudah, murah dan berkesan. Duduk saja-saja dekat rumah pun boleh buat. Kalau korang mengamalkan senaman ini selama 10 minit setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.
Gua sha berkesan dalam menghilangkan dagu berlapis. Pastikan kamu mengamalkannya secara konsistan, ingat, ini bukan sesuatu yang boleh kamu lakukan sekali saja untuk hasil ajaib segera.
Yang kamu perlukan hanyalah alat gua sha dan teknik yang betul.
Malah, gadis Tiktok ini turut berkongsi video cara mengunakan batu Gua Sha ini dengan betul.
Nota : Sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha.
Gua Sha, bukan bermaksud saya (gua) dan sha (si polan bernama sha), akan tetapi Gua Sha merupakan satu kaedah perawatan wajah turun-temurun yang diamalkan masyarakat China sejak zaman-berzaman.
Okay…selamat mencuba!
Malaysia, Brunei, Singapura & Thailand Sepakat Calonkan Kebaya Ke UNESCO. Hargainya Sebagai Warisan Bersama

Kebaya menjadi salah satu identiti busana yang cukup sinonim dengan Malaysia. Pelbagai jenis rekaan kebaya menjadi pilihan sebagai contoh kebaya pendek, kebaya labuh, kebarung dan juga kebaya nyonya.
Namun tahukah anda, busana ini bukanlah eksklusif untuk masyarakat negara kita sahaja bahkan ia merupakan pakaian yang sudah turun temurun digayakan oleh wanita di rantau nusantara. Jadi tidak hairanlah jika ada pelbagai jenis rekaan kebaya yang boleh anda lihat di luar Malaysia.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama dengan Brunei, Singapura dan Thailand telah bersepakat untuk mengangkat kebaya sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Cantik Thailand Anggun Berbusana Kebaya, Angkat Budaya Masyarakat Selatan
Persetujuan yang dicapai untuk bersama-sama membawa seni ini sebagai satu warisan bersama menonjolkan kesepakatan dan juga sikap yang saling menghormati antara satu sama lain dalam mencapai objektif kebaikan, terutamanya dalam melindung warisan sejak berzaman.
Walaupun empat negara ini yang telah bersetuju, menurut kenyataan mengenai perkara ini, mereka turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama itu.
Kebaya dilihat menepati definisi elemen warisan, kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cuba Pelbagai Rawatan Tapi TETAP Tidak Puas Hati Kulit Kering, Akhirnya Wanita Ini Perkenal Serum Sendiri Kaya Vitamin

Demi menjaga kulit wajah agar kekal tampak muda dan cantik, kaum perempuan (dan semakin ramai kaum lelaki) pada zaman ini sanggup untuk mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi.
Pelbagai jenis produk kecantikan akan dibeli, pelbagai jenis rawatan kecantikan juga akan ditempah oleh seseorang itu. Bagaimanapun, adakalanya kita tidak akan memperolehi impak yang memuaskan hati dalam satu tempoh yang ditetapkan. Kedut masih kelihatan malah kulit wajah juga masih kelihatan lesu dan kering walaupun wang Ringgit sudah banyak dikorbankan?
Ya, itulah yang dilalui oleh Joyce Chua sebelum beliau mengasaskan jenama produk kecantikan tempatannya sendiri yang dikenali sebagai Fabs Skin. Segala-galanya disebabkan masalah kulit keringnya dan garisan kedut yang tidak mampu dikurangkan.
Apa yang penting buat Joyce sewaktu ingin memperkenalkan Fabs Skin adalah ia tidak terlalu mahal, berbaloi dengan hasil yang ditunjukkan dan selamat untuk digunakan.
“Saya tidak lagi mahu berselindung di bawah lapisan solekan yang tebal..”
“Saya mula belajar tentang bahan-bahan yang boleh digunakan dan bagaimana bahan-bahan ini akan memberikan tindak balas dan peranan masing-masing setelah diformulasikan.
“Saya juga ingin kenal pasti bahan yang menjadi punca kepada masalah yang saya hadapi. Dari situlah saya mengenali ramuan yang kaya dengan vitamin C, A, E dan Beta-Keroten. Kesemua itu adalah bahan aktif seperti asid hyaluronik, niacinamide, retinoid, koenzim dan teh hijau yang baik untuk merawat kulit serta memastikan kulit anjal dan berseri,” jelas Joyce.
Melihat kepada katalog produk yang diperkenalkan oleh Fabs Skin ini, REMAJA tertarik dengan Serum Vitamin C Super Glow yang memudahkan pengguna mendapatkan kulit bersinar ala ‘glass skin’ sihat dan mencerahkan masalah bintik-bintik hitam.
Sewaktu dititiskan dan diratakan pada kulit pun, tekstur serum ini terasa ringan dan melembapkan pada kulit; memang best!
Ekstrak epal yang ada dalam serum ini menjadi agen pelembap dan anti penuaan, manakala kandungan lobak merahnya pula melindungi kulit daripada cahaya biru yang selalu menjadi faktor kulit berjeragat kerana kita sering menghadap skrin peranti pada setiap hari.
Yang penting, ia bebas daripada bahan merosakkan seperti paraben, sulfate dan pewangi tiruan. Janji Fabs Skin, dalam masa 3 ke 6 minggu saja, korang sudah dapat melihat perubahan pada kulit wajah yang semakin berseri dari dalam, cerah dan kurang masalah berjerawat, bintik-bintik hitam dan kemerahan.
Kalau nak tahu, cubalah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bibir Kering Punca Lipstik Tidak Rata, 10 Tip Penjagaan Hanya Di Rumah Sahaja!

Bibir kering dan merekah sememangnya antara masalah yang kerap terjadi ketika dalam tempoh berpuasa. Tentunya ia akan memberikan rasa yang tidak selesa kerana bibir terasa begitu pedih dan lagi teruk boleh luka berdarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Atasi Bibir Hitam, Gelap & Mengelupas Dengan DIY Skrub Organik Ini!
Malah, ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.
Ini tip dari Remaja :
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.

5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.

8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!

- Untuk mendapatkan bibir mungil persis Angelina Jolie, lakukan gaya bibir rona nude semula jadi. pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan kelihatan semula jadi .
- Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
- Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
Semoga bermanfaat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.