Lagi kisah tentang bahana bermain Tik Tok, tiga orang wanita diburu polis kerana merakam video TikTok di tengah jambatan Suramadu, Surabaya Indonesia.
Ketiga-tiga mereka diburu polis selepas tularnya video menari yang diiringi lagu Hindustan tersebut menjadi viral di aplikasi Tik Tok melalui akaun @naylaraisa2003.
Dalam video viral itu dilihat tiga orang wanita yang berstatus ibu itu mengenakan baju, hijab dan kasut seragam berwarna kuning. Mereka melakukan aksi tersebut di jambatan Suramadu yang menghubungkan antara Surabaya dan Madura.
Ads
Namun begitu, terdapat peraturan yang melarang orang awam berhenti di jambatan tersebut dan menurut kompas.com, mereka bertiga telah pun didenda sebanyak 500,000 rupiah (RM148) kerana disabitkan atas kesalahan melanggar peraturan lalu lintas.
Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya Achmad Faisol Amir sebelum ini meminta agar ketiga-tiga wanita yang terbabit dalam penghasilan video berkenaan memohon maaf.
Jelasnya lagi, tindakan itu dilakukan bagi memberi pengajaran kepada orang awam yang memberhentikan kenderaan di tengah jambatan secara sengaja.
Ads
Pesalah telah pun membuat surat permohonan maaf atas kesalahan yang membahayakan dan turut didenda.
Nah, nak sangat viral agaknya akhirnya memakan diri sendiri!
Ads
Korang semua kalau nak rakam video Tik Tok pun janganlah sampai menyusahkan pihak lain Palinh penting, jaga keselamatan diri. Kalau dah buat tepi jalan tu kan dah bahayakan diri sendiri.
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq telah berkongsikan di laman Twitter miliknya tentang kisah beliau membantu seorang anak kecil bernama Muhammad yang hanya tinggal bersama neneknya kerana ibunya berada di penjara akibat kes dadah, dan ayahnya pula tidak dapat dikesan. Pada minggu lalu, Syed Saddiq telah membuka satu ‘crowdfund’ dan hasilnya adalah lebih RM22 ribu terkumpul. Beliau juga berkongsikan tentang bagaimana cara beliau membantu
Sumber: Twitter
Melalui ciapan beliau di Twitter, Syed Saddiq menyatakan yang beliau membahagikan RM22 ribu itu kepada 3, RM10 ribu untuk tabung SSPN, RM2 ribu belanja makan minum, dan RM10 ribu pendidikan harian.
Sumber: Twitter
Seperti yang kita tahu, anak jati Johor ini memang sedang bergiat aktif dalam usaha beliau untuk membantu golongan yang memerlukan terutama sekali di Muar, Johor. Beliau juga memuji sikap rakyat Malaysia yang sangat baik hati kerana turut menyumbang kepada ‘crowdfunding’ yang beliau jalankan. Ramai juga warga netizen di Twitter berasa terharu dan mereka juga turut mendoakan adik Muhammad supaya dia terus maju jaya dalam apa jua yang beliau ceburi.
Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga memuji usaha Syed Saddiq dalam membantu golongan yang memerlukan. Didalam ciapan mereka juga, mereka mengatakan yang negara Malaysia memerlukan lebih ramai menteri dan ahli parliamen untuk maju kehadapan dan membantu mereka yang didalam kesusahan.
Sumber: Twitter
Usaha Syed Saddiq ini sangat besar dan amat bermakna, diharapkan kita sebagai remaja dapat mencontohi sikap beliau dan membantu sedikit sebanyak, dengan apa yang kita boleh. Biarpun ianya kelihatan kecil, ianya dapat merubah kehidupan seseorang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya demam 10 Years Challenge ini bukan saja popular di Malaysia tetapi turut melanda negara Korea Selatan.
Buktinya, ramai netizen yang mula mencari foto lama selebriti kegemaran mereka untuk melakukan perbandingan. Ada yang memang lain (Hi Jungkook!) dan ada juga yang sama saja.
Jom tengok sama ada korang boleh recognize mereka atau tidak.
10 tahun lalu: Tak adalah berbeza sangat tetapi Jimin kelihatan lebih chubby dulu. Jimin merupakan siswa di Busan High School of Arts. Seperti Suga, Jimin pun dijemput untuk menjadi trainee di Big Hit Entertainment.
V BTS
10 tahun lalu: Wow kecil-kecil pun dah handsome! V sebenarnya berasal dari keluarga yang kurang mampu. Pada awalnya, V hanya menemani seorang kawan untuk ke ujibakat Big Hit Entertainment. Tengok-tengok, memang sudah rezekinya.
Jungkook BTS
10 tahun lalu: OMG Jungkook!
Park Hae Jin
10 tahun lalu: Ingat lagi tak masa Park Hae Jin menyertai barisan selebriti di rancangan variety Family Outing?!
Lee Seung Gi
10 tahun lalu: Lee Seung Gi memegang watak utama untuk kali pertama melalui drama Shining Inheritance.
Lee Dong Wook
10 tahun lalu: Pada masa itu, Lee Dong Wook baru dimasukkan untuk latihan ketenteraan di bawah National Defense Public Relations Service.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak muda Palestin sama seperti remaja lain yang memiliki cita-cita tinggi. Belajar hingga ke luar negara dan kemudian memperoleh kerja yang baik.
Begitu jugalah impian pemuda yang dikenali dengan nama Yousef Anees Abu Hashem ini. Dia merupakan seorang pelajar Stanford dan kini sedang berada dalam tahun senggang.
Disebabkan sekatan yang dikenakan oleh Israel terhadap Gaza, dia terpaksa menangguhkan pengajian sementara waktu. Ditambah pula dengan kekacauan yang berlaku sekarang, dia sendiri tidak pasti akan nasib yang bakal menimpa dirinya.
Selain itu, Yousef juga meluahkan perasaan kecewa terhadap universitinya yang memandang ringan hal penindasan Israel terhadap Palestin.
Usahanya yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran membuahkan hasil.
Berikut adalah luahan hatinya dalam nukilan panjangnya di hantaran Instagram.
“Kepada Pelajar Stanford yang dihormati,
“Saya Yousef, seorang pelajar baru yang berada di tahun senggang pengajian. Walaupun ramai di antara anda berpendapat tahun senggang adalah masa yang baik untuk berehat, tetapi itu bukanlah yang terjadi dalam kes saya. Dan itu hanya untuk satu sebab: menjadi penduduk Gaza.
“Sekarang ini, kami berada di bawah serangan udara Israel yang tidak dapat dijelaskan untuk hari ke-9 berturut-turut, dan tiada yang tahu jika kami akan hidup malam ini.
“Dan jika saya berjaya hidup, tiada yang boleh menjamin kemampuan saya untuk keluar dari sekatan terhadap Gaza untuk mula belajar di Stanford (sebab itulah saya mengambil masa senggang; penjajahan ini yang tidak memberi saya izin untuk pergi!).
“Sementara itu, beberapa pelajar dari universiti dan kelas yang sama dengan saya sedang berkhidmat di Israel Defence Forces; meletupkan rumah, melukakan lagi trauma yang ada dalam diri saya dan keluarga saya. Dan mereka akan menyertai anda pada musim luruh pengajian nanti.
“Sekiranya saya tidak berada di Stanford pada tahun yang akan datang disebabakan apa alasan sekalipun, sila ingat saya sebagai bukti jelas mengenai isu apartheid dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
“Sementara itu, universiti kami – dan saya masih bangga menjadi sebahagian daripadanya – menutup sebelah mata terhadap hak asasi rakyat Palestin dan masih mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat dari penempatan Israel haram antarabangsa yang datang dan merekrut di kampus kami.”
Surat penerimaan masuk ke Universiti Standford
“Saya tahu Stanford tidak dapat melakukan banyak perkara, dan saya tahu sekadar berkata-kata tidak akan mengubah apa-apa. Akan tetapi pendirian itu penting dan ia menjadi indikasi bagaimana tindakan bermula.
“Sila periksa pautan di bio (Instagram) saya yang akan membawa anda terus ke e-mel yang ditulis oleh Students for Justice di Palestin. Anda memerlukan beberapa saat untuk menghantarnya dan anda boleh menyuntingnya sendiri.
“Sekiranya saya bukan di kalangan anda pada musim luruh yang akan datang, ingatlah saya, ingat kisah saya, saya bukan nombor, nama saya Yousef, saya suka CS, Sistem Simbolik, bioengineering, dan psikologi. Dan saya selalu ingin belajar mengenai semua perkara ini di Stanford.”
Untuk bergelar pelajar di Universiti Stanford bukanlah mudah. Ia merupakan salah sebuah universiti ulung di Amerika Syarikat. Semoga cita-cita Yousef tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Dan kita sebagai warga dunia, teruslah berbicara tentang Palestin dan kekejaman Israel. Ini mampu memberikan kesedaran tentang apa yang sebenarnya terjadi.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...