Berita baik buat korang yang ingin pulang ke kampung, sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara bakal menawarkan tol percuma dan diskaun sempena Aidilfitri yang disambut pada 3 Mei depan.
Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata tol percuma dan diskaun itu melibatkan sejumlah RM77.11 juta yang akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi. Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).
Tawaran ini akan bermula pada pukul 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Tol percuma juga diberika kepada pengguna Plus dan LPT yang pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga 11.59 malam 8 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan. Tawaran diskaun tol antara 30% hingga 50% akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama bagi semua kelas kenderaan.
Keputusan yang dibuat ini diambil kira daripada impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan juga berharap dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena lebaran tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang.
Semoga dengan inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung. Rancang perjalanan dengan bijak dan berhati-hatilah ketika memandu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)