Kira-kira 32 tahun lalu bertempat di Leningrad (kini dikenali sebagai St Petersburg, Rusia), Kavita Sidhu mencipta sejarah menjadi wakil Malaysia pertama yang menang dalam mana-mana pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Dia yang baru berusia 19 tahun ketika itu berjaya mengalahkan 32 peserta yang lain untuk merebut gelaran Miss Charm International. Dengan kebolehan komunikasi yang baik, kecantikan dan ketinggian yang dimiliki, pantas dia menjadi plihan sebagai juara dan mencipta namanya sendiri dalam dunia seni di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Wakil Thailand Dinobatkan Sebagai Juara Miss Tourism International 2022/23
Bergelar seorang peragawati, pengacara, penerbit dan juga seorang pelakon, kini pada usia 51 Tahun Kavita masih kekal cantik seperti dahulu. Bila berbicara tentang seorang ratu, pasti mereka akan miliki pengganti selepas setahun memegang gelaran. Namun uniknya dia tidak pernah ada pengganti, sehinggalah baru-baru ini.
Selepas tahun Kavita menang gelaran Miss Charm International, pertandingan tersebut tidak lagi diadakan. Hanya setelah 32 tahun kemudian, pertandingan ini ‘dihidupkan’ kembali. Miss Charm International 2023 bakal diadakan di Vietnam pada 16 Februari 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Wakil Palestin Raih Tempat Ketiga Pertandingan Miss Earth 2022, Korea Bergelar Juara
Terkini, Shannen Jade Totten bakal mewakili negara sebagai Miss Charm Malaysia. Gadis kacukan Cina-Britain yang berusia 27 tahun ini, bakal berentap dengan lebih 40 peserta lain, dia menggalas tugas berat apabila wakil Malaysia sebelum ini beraksi cemerlang sehingga berjaya menggenggam gelaran juara.
Sedikit latar mengenai Shannen, sebelum dipilih sebagai Miss Charm International, dia bukanlah wajah baru dalam dunia ratu cantik tempatan. Sebelum ini dia pernah bergelar finalis Miss Universe Malaysia 2018 dan berjaya menjadi peserta top 10. Kemudiannya, pada tahun yang sama, dia menyertai pertandingan Miss World Malaysia 2018 dan menamatkan pertandingan sebagai pemenang tempat kedua.
Baru-baru ini dia telah dijemput oleh organisasi Miss Charm International untuk ke Vietnam bagi menyertai sesi sidang media pengumuman pertandingan itu. Kelihatan anggun sekali, dia tampil menawan dalam persalinan kebaya. Adakah Shannen akan berjaya merangkul gelaran juara? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.