Seramai 33 orang dipercayai mati manakala 36 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah Studio Animasi Kyoto menjadikannya insiden tersebut terburuk dalam dua dekad ini.
Kebakaran yang berlaku pagi semalam dipercayai merupakan perbuatan khianat apabila api marak dengan cepat di bangunan tiga tingkat tersebut.
Dalam pada itu, pihak polis turut menahan seorang lelaki berusia 40-an kerana berada dekat dengan kawasan kejadian bersama petrol. Bagaimanapun, lelaki tersebut cedera dan kini dirawat di hospital menyebabkan pihak polis tidak boleh menyoal siasatnya.
Pihak bomba mengatakan bahawa kebanyakan mangsa ditemui di tingkat tiga dan juga di kawasan tangga menhala ke arah bumbung.
Ugutan Bunuh
Sementara itu, Presidennya tersebut, Hideaki Hatta memberitahu media bahawa dia pernah menerima ugutan bunuh namun tidak menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut.
Namun, bangunan yang terbakar itu merupakan nadi syarikat dan dia turut bersedih dengan mangsa yang kehilangan nyawa mereka.
Untuk pengetahuan, Studio Animasi Kyoto atau lebih dikenali sebagai KyoAni merupakan salah satu studio animasi besar di Jepun, antara animasi yang dihasilkan mereka adalah Silent Voice, K-On! dan banyak lagi.
#PrayForKyoAni
Susulan itu, turut trending di laman Twitter adalah tanda pagar Pray For KyoAni dimana rata-rata peminat anime mendoakan mangsa-mangsa yang menemui ajal di dalam insiden tersebut.
It deeply saddens me to hear about the loss of the victims to the arson attack on Kyoani's studio. I pray for the families who have lost their loved ones. Thank you for your lovable series and hope you come back strong pic.twitter.com/Hgj2GysNeH
— Astral52 (@Astral52) July 19, 2019
KyoAni is one of the homes of the best anime's. Their anime's made me laugh my heart off, and some made me cry my eyes out. What happened to them really devastated me also. We continuously pray for KyoAni. God bless! <3#PrayForKyoaniが世界に拡散 #KyoAniStrong #KyoAni pic.twitter.com/zXxIUi2IMS
— Nadi Raz (@nadi_chaaaan) July 19, 2019
omg. so many of these are my favourites! 🙁 #PrayForKyoaniが世界に拡散 pic.twitter.com/h1HQxZHjHf
— Miranā 🐺 (@enigmira) July 19, 2019
As an anime lover since childhood, this news really really saddens me. Kyoani produced so many good animes throughout the years and someone just had to do this unfair thing to them. My heart goes all to the affected families. #PrayForKyoaniが世界に拡散
— ria 🦋 wonu fanart 📌 (@naegalu_) July 19, 2019
Kali terakhir insiden perbuatan kebakaran khianat ini adalah pada tahun 2001.
Sumber: CNA