Hiburan

34 Barangan Che Ta Termasuk Kereta Haval Dilelong Hari Ini, Kesemuanya Bernilai Lebih RM900k

Share

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menerusi satu dokumen pada Isnin mengeluarkan perintah lelongan terhadap 34 barangan milik selebriti, Rozita Che Wan yang bernilai RM902,012.46 dan ia akan mula dilakukan pada Selasa.

Tindakan ini susulan serbuan yang dilakukan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama peguam serta wakil mahkamah terhadap kediaman Rozita pada 10 Disember lalu akibat dakwaan kegagalan pelakon tersebut untuk melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

BACA: Rumah Che Ta Pula Diserbu, Didakwa Tak Bayar Hutang MARA Hampir RM1 Juta – Remaja

Selebriti, Rozita Che Wan.

Media melaporkan Rozita, 51 pernah membuat pinjaman dengan MARA sejak 2017. Bagaimanapun beliau tidak pernah membayar semula pinjaman tersebut sejak tujuh tahun lalu.

Lantas, MARA melakukan serbuan dan dalam proses memfailkan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28.

Rozita bersama anak lelakinya, Ammar Effendy.

BACA: Selepas Adik, Kini Abang Pula Genggam Double Degree. Rozita Che Wan Syukur Allah SWT Permudahkan Urusan – Remaja

Kereta Haval Antara Barang Che Ta Yang Dilelong

Difahamkan, sesi lelongan 34 barangan milik Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta itu akan dijalankan oleh Auctrade Auctions Solution.

Antara barangan tersebut termasuklah sebuah kereta jenama Haval, gelombang mikro (microwave), mesin basuh, mesin pengering (dryer), vakum, televisyen dan perabot kediaman.

Rozita Che Wan di hadapan kediaman agamnya.

Semenjak serbuan dilakukan terhadap kediamannya, Rozita dilihat aktif melakukan sesi secara langsung di platform TikTok sambil menyelitkan sedikit respon mengenai isu hutangnya bersama agensi kerajaan tersebut.

Kata Rozita, tidak kesemua kandungan laporan media mengenai kes ini adalah benar dan beliau menanti masa untuk membuat penjelasan menyeluruh mengenai kontroversi ini mengenai apabila tiba masa yang tepat.

Pada Isnin, Rozita memuat naik satu hantaran di Instagram Story berupa ungkapan semangat dengan lagu menyedihkan.

“Allah tak pernah janjikan hidup ini mudah. Tapi dia janji akan selalu ada bersama kita,” catat kata-kata itu.

BACA: Berang Anak Dihina & Pakaian Disamakan Seperti Pelacur, Che Ta Buat Laporan Polis – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Published by
FZ