4.5 Juta Tontonan Dalam Masa 21 Jam, Lagu Terbaru BCL Khas Untuk Arwah Ashraf Undang Sebak

Share

Ramai pasti antara kita masih terkenang momen saat sedih dihadapi oleh penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari bersama anaknya, Noah Siclair yang dilihat meraung ketika jenazah Ashraf Siclair dimasukkan ke liang lahat selepas diberitakan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia muda, 40 tahun.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu dan begitu ramai hadir pada majlis pengkebumiannya untuk memberi penghormatan terakhir terhadap jenazahnya.



Selepas pemergiannya, hari-hari yang dijalani oleh dua beranak , Bunga dan Noah dipenuhi dengan air mata kerana perlu melalui satu keadaan sukar dengan berita kematian yang agak mengejutkan. Dapat dilihat juga, emak Ashraf menemani Bunga selama beberapa bulan demi untuk menenangkannya, bukti bahawa hubungan kekeluargaan mereka cukup akrab dan hubungan menantu dan mentua ini juga sangat baik.

Pasangan selebriti yang mempunyai jutaan peminat ini turut mengundang sebak di hati ramai peminat kerana cinta yang dibina dalam rumahtangga terlihat ikhas serta saling menyintai satu sama lain. Malah cara mereka membesarkan anak tunggal Noah terutama didikan dari arwah Ashraf juga turut membuat ramai menangis. Ini kerana jelas ketara yang Ashraf begitu menyayangi anak dan isterinya dan sentiasa memandang serta menjaga keduanya dengan penuh rasa cinta.Malah cinta yang terpapar antara keduanya membuktikan bahawa cinta sejati itu masih wujud.

Terkini selepas lima bulan pemergiannya, sejak semalam Bunga Citra Lestari telah melancarkan single terbarunya berjudul 12 Tahun Terindah yang mana dalam muzik videonya dapat dilihat saat pertama kali arwah Ashraf tersasul menyebut nama Bunga Citra sebagai Bunga Cinta Lestari. Malah akibat tersasul sebutan nama itulah juga menjadi asbab keduanya mulai rapat dan kemudian disatukan sebagai pasangan suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI

“Wajah Berseri, Senyuman Luar Biasa” Pengurus Rumah Anak Yatim Saksi Saat Mandikan Jenazah Ashraf
7 Kenangan Romantis Ashraf & BCL, Bukti Cinta Sejati Itu Masih Ada Sebenarnya
‘Best Dad Ever’ Milik Arwah Ashraf Sinclair, Hari Bapa 2020 Dirai Noah Bersama BCL


Memenangi Tempat Ketiga Hero Remaja 1997, Ini Trivia Ashraf Sinclair

Punya ramai peminat, dalam tempoh 21 jam dilancarkan, lagu ini sudah mendapat tontonan seramai 4.5 juta penonton yang mana ramai yang sebak menyaksikan momen demi momen dimasukkan melibatkan saat-saat manis mereka sebagai suami isteri. Malah sehari sebelum muzik video itu dilancarkan, Bunga terlebih dahulu berkongsi lirik lagu berkenaan dengan seluruh ahli keluarganya dan masing-masing dilihat menangis.





REMAJA kongsikan lirik lagu yang dinyanyikan oleh Bunga berjudul 12 Tahun Terindah dipercayai sepanjang 12 tahun mereka melayari hubungan sebagai pasangan suami isteri sebelum ajal memisahkan antara keduanya.

12 Tahun Terindah

Terdiam ku di sini termenung
Memikirkan dirimu
Jalani hari biru bersama
Versi kecil dirimu
Untuk memahami Untuk menerima
Oh terima kasih Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah bersama dirinya
Menjalani cinta yang ku fikir taka da
Takkan ku tukarkan apa pun di dunia
Sejenak namun mengisi jiwa
Hadirmu dalam hidupku
Ku cuba jalani
Dan ku cuba mengerti
Oh terima kasih Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah bersama dirinya

Nie muzik video yang buat ramai menangis

Published by
Almaswa Haji Che Ros