Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara (dan di serata dunia, for that matter), taman tema bergerak terbesar Malaysia iaitu Euro Fun Park pernah menceriakan hari-hari para pengunjungnya.
Terkenal sebagai sebuah taman tema yang bertapak dari satu destinasi ke satu destinasi lain untuk tempoh masa tertentu saja , Euro Fun Park sebelum ini pernah dibuka di Shah Alam dan Gombak, Selangor.
Selain itu, Euro Fun Park juga dibuka di AEON Mall Tebrau City dekat Johor Bahru pada awal tahun 2020.
Namun, atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara, taman tema tersebut terpaksa menutup operasi pada bulan Mac.
Ia kembali dibuka pada bulan September di Sutera Mall Johor Bahru hinggalah ke bulan November. Sekali lagi, peningkatan kes positif Covid-19 yang membimbangkan memaksa Euro Fun Park untuk kembali ditutup lebih awal daripada tarikh sebenar.
Ads
Kini Kembali
Buat pertama kalinya pada tahun 2021, Euro Fun Park akan kembali beroperasi bermula hari ini, 26 Mac di Taman Desa Tebrau (bersebelahan AEON) untuk tempoh dua bulan seterusnya.
Taman tema tersebut masih mengekalkan tarikan sedia ada seperti roller coaster, ferris wheel, skyrider, challenger, mega coaster dan macam-macam lagi.
Ads
Biarpun keseluruhan taman tema itu disanitasi secara berkala pada setiap hari demi keselamatan pengunjung, korang masih perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti mengimbas kod QR MySejahtera dan memakai pelitup muka sepanjang berada di sana.
Ads
Bagi mereka yang mempunyai simptom demam, batuk dan berusia melebih 60 tahun tidak dibenarkan untuk memasuki premis demi keselamatan diri sendiri dan pengunjung lain.
Euro Fun Park dibuka pada setiap hari dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam. Harga tiket yang ditetapkan pula hanyalah RM5 bagi orang dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.
Sekali lagi kami ingatkan, jangan lupa menjaga SOP dan berjaga-jaga dengan penyeluk saku!
Semakin canggih teknologi dunia, semakin mudah manusia menguruskan urusan seharian yang kini semuanya boleh dilakukan di hujung jari.
Seperti yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya akan menggunakan sistem e-konvo berasaskan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada Majlis Konvokesyen ke-33 UUM yang bakal berlangsung esok di Dewan Mu’adzam Shah, Sintok bermula esok.
Menurut laporan BERNAMA, penggunaan sistem baharu itu mempunyai dua fungsi utama iaitu Sistem Pengurusan Jubah dan Sistem Panggilan Nama Graduan. Teknologi RFID yang menggunakan medan elektromagnetik frekuensi radio akan memindahkan maklumat daripada tag RFID ke pembaca bagi tujuan pengenalan yang dapat digunakan dalam pelbagai aplikasi.
Cara ini juga dapat mengurangkan sentuhan dan interaksi secara langsung dalam jarak yang dekat antara graduan dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19 sepanjang tempoh konvokesyen berlangsung.
Bagaimanakah penggunaan RFID dalam majlis konvo ini?
Tag RFID itu bersaiz kecil dan mempunyai tahap ketahanan yang tinggi serta dapat digunakan dalam jangka masa lama akan disematkan pada semua jubah graduan bagi membolehkan jubah yang disewa oleh graduan dikesan semula.
Teknologi ini dapat membantu pengurusan jubah dengan lebih cekap serta dapat menjana laporan inventori jubah dengan cepat dan efisien. Sementara itu, untuk Sistem Panggilan Nama Graduan, ia akan dikesan oleh pengimbas RFID dan nama mereka akan diumumkan secara automatik untuk mengambil skrol ijazah.
Terdahulu, penggunaan kad pintar memerlukan petugas menyentuh kad berkenaan tetapi dengan adanya teknologi RFID ini, ia dapat mengurangkan tenaga kerja staf, risiko kehilangan jubah serta meminimumkan kesilapan mengumumkan identiti graduan semasa menerima ijazah.
Dengan adanya insiatif ini juga ia secara tidak langsung dapat mengurangkan sentuhan fizikal yang berlaku di sepanjang majlis konvokesyen. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada semua graduan yang bakal diraikan di majlis tersebut.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pulau Langkawi merupakan antara tempat pelancongan yang digemari oleh masyarakat Malaysia, selain menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara.
Walau bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, suasana lengang dibeberapa tempat tumpuan pelancongan jelas kelihatan dan Langkawi tidak terkecuali.
Selain daripada hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup bagi individu dewasa yang sudah bekerja, kira-kira sebanyak 23 agensi pelancongan di Pulau Langkawi menerima tempias apabila terpaksa menutup operasi dengan tidak memperbaharui lesen pengendali pelancongan mereka susulan industri tersebut semakin suram berikutan pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Menurut laporan akhbar tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, tindakan kerajaan menguatkuasakan larangan rentas negeri sejak Januari lalu lalu turut mengakibatkan kehadiran pelancong merosot dan agensi pelancongan terbabit mengalami kerugian.
Malah, katanya, industri pelancongan di pulau peranginan ini lebih tenat selepas pelaksanaan PKP di lima daerah di negeri ini yang berkuasa sejak 1 Mei lalu.
“Sepanjang tempoh larangan rentas negeri berkuat kuasa, sebahagian besar pelancong di pulau ini merupakan penduduk di negeri ini sahaja.
“Namun, jumlah pelancong terus merosot selepas lima daerah di negeri ini pula dikenakan perintah PKP,” katanya ketika dihubungi.
Lima daerah terlibat dengan PKP itu ialah Alor Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.
Banyak sebenarnya tempat-tempat pelancongan di Malaysia yang terjejas disebabkan PKP dan pandemik Covid-19 ini. Disebabkan situasi pandemik ini, sudah tentu sektor pelancongan terjejas dan kita pun rindu nak cuti-cuti Malaysia kan?
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 segera pulih dan diharap agar sektor industri pelancongan diseluruh dunia kembali meriah seperti dahulu.
Sumber: UTUSAN MALAYSIA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam amalan Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Memandangkan umat Islam di Malaysia dijangka dapat menyaksikan peristiwa berkenaan pada 5.16 petang Jumaat ini menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak
Sebelum itu, untuk pengetahuan korang Istiwa Adzam merupakan satu peristiwa di mana kedudukan Matahari berada tepat-tepat di atas Kaabah. Apabila Istiwa Adzam berlaku semua bayang objek yang tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah.
“Ia akan berlaku ketika nilai sudut istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak. Ketika fenomena ini berlaku, bayang objek
tegak di seluruh dunia akan bertepatan dengan arah Qiblat,” tulis kenyataan tersebut.
Umumnya kita boleh juga menandakan arah bayang 2 hari sebelum atau selepas tarikh tersebut. Malah dalam lingkungan 10 minit sebelum dan selepas waktu yang dinyatakan, kita masih boleh menandakan kiblat. Ini kerana bayang yang kelihatan masih berada di arah kiblat.
Peristiwa Istiwa A’dzam
Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional.
Bahan² diperlukan:
1. Kayu lurus (sebaiknya yg ada tapak@boleh berdiri tegak).
2. Masking Tape.
3. Pen Marker.
Cara-cara:
1. Pada 28 Mei
2. Pacakkan/letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yg ada sinaran matahari (ada bayang²).
3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
4. Tepat jam 5:16 petang.
5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang² kayu tersebut.
6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
7. Bayang² adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yg di arah bertentangan.
8. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.
Penerangan:
Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 28 Mei pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia)
Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.
Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).
p/s: Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu² tu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...