4 Cara Dua Lipa Habiskan Masa Di Kuala Lumpur, Sempoi Gila!

Share

 

Bingit jeritan peminat di KL Live Centre semalam sempena konsert Dua Lipa masih jelas dalam telinga penulis!

 

Sempena jelajah ‘The Self-Titled Tour’ oleh Dua Lipa di benua Asia, Malaysia telah terpilih sebagai salah satu negara bertuah untuk menerima kunjungan penyanyi popular itu bersama ahli bang-nya.

Sejak tahun lalu lagi semasa Dua berada di Kuala Lumpur sempena Festival Muzik Good Vibes, Dua pasti akan memenuhi masanya dengan melakukan aktiviti menarik. Untuk jelajah kali ini, Dua nampaknya tak berubah daripada rutin tersebut apabila dia sempat melakukan 4 perkara ini sepanjang berada Kuala Lumpur.

Memang sempoi gila! Cuba tengok.

 

01

Ambil Selfie Dalam Flight

Walaupun duduk di kawasan business class dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, Dua masih tidak kisah untuk bergambar dengan peminat yang berada di situ. She has all the rights to ignore the fan, namun Dua tidak mengatakan NO kepada peminatnya itu.

 

02

Melawat Lukisan Mural & Tempat Bersejarah

Pengaruh pop culture Dua di Malaysia cukup hebat sehinggakan ada artis grafiti yang menyiapkan lukisan mural pada dinding sepanjang sungai Klang hanya untuknya!

Walaupun tinggal beberapa jam sebelum persembahan di KL Live semalam, Dua sempat untuk melihat sendiri lukisan itu dan memuat naik di Insta Story. Dua juga sempat untuk berjumpa dan bergambar dengan artis lukisan tersebut! Untungnya.

 

Selain itu, Dua juga sempat untuk melawat sebuah tokong Thean Hou Temple yang bersejarah di Kuala Lumpur. Turut berada di situ ialah Pixie Levinson (juru gambar), Francesca Angelina Brazzo (juru mekap) dan Julien Rupert. Mereka juga turut ada bersama Dua semasa melawat mural.

03

Dapat Barbie Doll House

Comelnya! Warner Music Malaysia turut tidak ketinggalan untuk menghadiahkan Dua sebuah Barbie Doll house semalam.

Mengambil inspirasi daripada muzik video New Rules, model rumah itu dicipta oleh Lisan Lah. Warner Music Malaysia turut memberikan plak 4x Platinum kepada Dua lipa atas kejayaan albumnya di Malaysia.

 

But of course, boleh tak kita bercakap tentang stail Dua semalam semasa mengelilingi Kuala Lumpur. Ringkas dan sopan, Dua selesa untuk memakai dres biru paras lutut, kemeja abstrak dan fisherman’s hat serta rantai berwarna emas. How lit is that?!

 

04

Hangatkan KL Live!

 

Tentunya, kemuncukan kehadiran Dua Lipa di Malaysia adalah persembahan konsert solo pertamanya di negara ini!

Berlangsung di KL Live Centre, venue tersebut dipenuhi 2,500 orang peminat dan ahli media yang tidak penat-penat melaungkan nama Dua sebelum kemunculannya di atas pentas. Penulis sudah lama tidak melihat venue tersebut full house dan sold out, walaupun di bahagian VIP.


Penyanyi berusia 22 tahun itu tetap sama seperti kemunculannya pada tahun lepas. Bertenaga, tidak membuangkan masa dan vokal masih jelas kedengaran walaupun nyanyian bersama oleh peminat bergema.

Dua tidak menghampakan peminat setia apabila dia menggabungkan antara lagu baru dan lagu lama. Antaranya termasuklah Blow Your Mind (Mwah), Scared To Be Lonely, New Rules, New Love, Genesis, Thinking ‘Bout You dan IDGAF.

“Saya begitu gembira kamu ada di sini bersama saya pada malam ini.

“Saya cukup bertuah kerana saya dapat datang ke sini daripada satu hujung dunia ke satu lagi hujung dunia.

Please dance, sing and jump along!

” katanya dalam konsert yang berlarutan selama 90 minit itu.

 

 

Dianjurkan oleh IME ASIA, Dua merupakan pilihan paling tepat untuk menghangatkan senarai konsert yang berlangsung di Malaysia pada tahun ini. Masakan tidak, pada tahun lalu, Dua diiktiraf sebagai artis wanita di United Kingdom paling popular dengan online streaming.

Terima kasih Dua untuk malam persembahan yang sukar dilupakan oleh peminat setia kamu, termasuklah penulis sendiri!

Artikel Berkaitan: Lihat Stail Rambut Pendek Terbaru Dua Lipa & 4 Lagi Selebriti Lain

Published by
FZ