4 Cara Gunting Rambut Sendiri Di Rumah Dalam Tempoh PKP

Share

Ramai yang mengeluh rambut mereka sudah panjang gara-gara semua kedai gunting rambut tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun sebelum ini perniagaan perkhidmatan gunting rambut telah dibenarkan beroperasi sekiranya mengikut piawaian yang ditetapkan, namun rakyat Malaysia membantah sekerasnya dan ada juga pengusaha perkhidmatan ini tidak mahu mengambil risiko membuka premis mereka dalam situasi pandemik seperti sekarang.

Justeru itu, kenyataan tersebut telah ditarik balik dan sehingga kini, tidak ada mana-mana kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi.

Mungkin korang sudah rimas dengan keadaan rambut yang semakin panjang hari demi hari, namun jangan risau kerana di laman YouTube banyak berkongsi video tentang bagaimana untuk menggunting rambut sendiri.

Paling penting, kenalah berani ambil risiko ya. Hiks!

Ala, cari potongan yang simple sahaja, tak perlulah nak bergaya sakan. Cukup sekadar untuk tidak rimas berambut panjang sementara menunggu kedai gunting rambut mula beroperasi.

Jom kita lihat antara video-video yang boleh dijadikan rujukan untuk memotong rambut sendiri.

1. Cara potong rambut bercabang

Rambut yang sering diwarnakan atau selalu menggunakan pengering rambut kadangkala boleh menyebabkan ia menjadi pecah-pecah atau bercabang. Video YouTube ini memberikan tip bagaimana korang ingin memotong rambut yang mempunyai masalah seperti ini.

Caranya mudah sekali, ambil sedikit belahan rambut dan gulungkan sehingga bawah. Rambut yang bercabang tidak akan bergulung dan akan terkeluar daripada gulungan tersebut. Jadi, potong mana-mana rambut yang kelihatan bercabang dan tidak sihat itu.

2. Cara potong rambut layer panjang

Seorang hairdresser memberikan tip bagaimana untuk korang yang memiliki rambut layer panjang untuk memotong rambut sendiri. Hasilnya sudah tentu tidak sama seperti tukang gunting rambut profesional, namun sekiranya dalam keadaan terdesak, korang bolehlah cuba seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut.

3. Cara potongan rambut A-Line Bob

Kalau rasa-rasa nak buat potongan rambut berbeza sedikit, korang boleh cuba style A-Line Bob cut. Nampak macam mudah. Pertama sekali, ambil bahagian rambut di hadapan sebelah kanan dan kiri, kemudian ikatkan. Selebihnya, ikat rambut di bahagian belakang mengikut aras pendek mana yang korang nak potong. Langkah seterusnya korang boleh refer

dalam video.

Ada sebuah lagi video yang kami jumpa di Facebook menunjukkan cara gunting rambut yang sangat mudah.

Ha, macam mana berani tak nak cuba? Kalau tak berani nak buat sendiri, suruhlah kakak atau abang yang potongkan. Okay?

Published by
Noor Ain Norman