Foto Hiasan : PEXELS (Karolina Grabowska)

Isi Kandungan

 

Sidang media khas 16 Mac 2022 tengah hari tadi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah  menggembirakan rata-rata rakyat di seluruh Malaysia.

Ini setelah beliau mengumumkan bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Pengeluaran ini secara tidak langsung merupakan peluang keempat bagi rakyat Malaysia melakukan sedemikian selepas fasa i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini.

Keputusan ini dibuat setelah diskusi mengenai soal pengeluaran wang KWSP ini berlarutan selama beberapa bulan kerana ia tidak dipersetujui oleh semua pihak. Antara yang menentang termasuklah Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul yang khuatir dana simpanan KWSP akan turun sebanyak RM63 bilion dan mungkin memaksa pihak mereka mencairkan aset-aset yang dimiliki sekarang. Turut tidak bersetuju ialah Ketua Pegawai Eksekutif KWSP iaitu saudara Amir Hamzah.

Okaylah, REMAJA pasti sebahagian besar daripada korang sudahpun merancang untuk mengeluarkan RM10,000 daripada akaun KWSP sendiri demi tujuan yang pelbagai.

4 Cara PALING BIJAK Untuk Gunakan Wang KWSP RM10,000

Bagaimanapun, sebelum menggunakannya; korang wajarlah berfikiran dan bertindak bijak dengan jumlah wang tersebut. Di sini, REMAJA ingin mencadangkan 5 cara bijak yang boleh korang ikut sekiranya tidak mempunyai idea bagaimana ingin wang tersebut.

 

Ads

01

Labur Semula

Keluarkan wang, dapat wang dan masukkan semula wang ke akaun berlainan demi mendapat pulangan yang lebih ‘mahsyuk’. Antara skim simpanan pelaburan yang REMAJA cadangkan termasuklah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang ditubuhkan oleh PTPTN, Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN Perkenal Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Dalam BAJET 2022 – REMAJA

 

02

Mula Dapatkan Insurans

Ads

Selalu kan kita menangguhkan hasrat untuk mendapat pelan insurans yang sebenarnya penting untuk diri kita. Sekarang, bolehlah korang berjinak-jinak mendapatkan insurans pada usia muda. Antara yang selalu diwar-warkan kepada kita termasuklah Insurans Am (General Insurance) yang melindungi kecederaan atau kematian daripada kemalangan dan kerosakan aset seperti kebakaran rumah atau kecurian kereta.

Korang juga boleh mendapatkan Insurans Hayat (Life Insurance) yang melindungi risiko penyakit, hilang upaya, pendapatan semasa persaraan dan kematian dalam tempoh polisi.

 

03

Dapatkan Aset

4 Cara PALING BIJAK Untuk Gunakan Wang KWSP RM10,000
Foto Hiasan : PEXELS (Alexandr Podvalny)

Betul, RM10,000 tidak mencukupi untuk mendapatkan aset kediaman pertama untuk anak muda. Namun, tidak salah untuk kita memulakan tabungan sejak sekarang. Seperti yang kita semua tahu, harga rumah akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan jika tidak mula menabung (atau melabur dalam pelan kewangan tertentu) dari sekarang, mungkin kita sukar untuk satu hari nanti mendapatkan peluang untuk memiliki kediaman sendiri.

Ads

 

04

Belanja Keluarga

Apalah gunanya rezeki yang kita perolehi jika tidak dikongsikan sedikit dengan yang tercinta. Berbelanja atau bersedekah ke atas keluarga (jika sudah berkahwin, ke atas isteri juga) adalah besar nilainya kerana ia dianggap sebagai nafkah wajib kita. Bukan saja Allah akan menggandakan kekayaan dan rezeki kita, malah dosa kita juga akan dimaafkan oleh Allah atas pemberian kita ini. Wallahualam.

BACA LAGI : “Ini Soal Hidup & Mati..” Syed Saddiq Pertikai Bank Sukar Beri Moratorium – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI