Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, pernah menjadi satu fenomena di Malaysia serta negara asalnya, Indonesia dek kerana suara merdu dan lagu-lagu dendangannya yang berunsurkan kerohanian.
Penampilan berhijab dan sopan penyanyi berusia 22 tahun ini juga sering dijadikan reference untuk remaja diluar sana terutamanya para hijabi.
Ada juga yang tak berani nak cuba semua color combination ni sebab rasa tak confident dan takut nampak pelik . Chill la sis, jom kita lihat 4 gaya tudung Nissa Sabyan ini.
Melonjak nama melalui lagu Salawat Ya Maulana, gadis ini sering memakai tudung polos ketika mengambil gambar OOTD di akaun Instagramnya @nissa_sabyan. Tudung bawal ini bagaikan ‘bff’ Nissa Sabyan semasa melakukan aktiviti luar. Nissa memilih tudung jenis ini dengan bahan voal untuk aktiviti hariannya. Gaya ini sesuai untuk pelbagai aktiviti formal atau bukan formal.
Hijab pashmina Nissa Sabyan
Selain menggunakan tudung bawal 4 segi, Nissa Sabyan juga sering memakai tudung pashmina. Dalam OOTD ini, Nissa Sabyan suai padan streetwear dengan menggabungkan tudung pashmina hitam dengan kemeja besar dan kemeja putih di dalamnya. Dia juga menambah aksesori kacamata fesyen.
Warna pastel dan gaya tudung Nissa Sabyan memang tak boleh dipisahkan. Ketika membuat persembahan dengan Sabyan Gambus, Nissa mengenakan tudung pasmina yang disarungnya di satu sisi. Dan juga tudung dalam agar bahagian depan rambut tidak kelihatan. Dia menggabungkan tudungnya dengan gaun hitam sederhana dengan motif. Warna pastel boleh menjadikan wajah anda lebih cerah dan cerah.
Gaya monokrom Nissa Sabyan
Nissa Sabyan kelihatan garang dan kasual dengan gaya monokromnya. Nissa memakai seluar panjang, tudung dan seluar berwarna hitam. Gaya monokrom dapat menjadikan korang kelihatan lebih muda dan kelihatan segar.
Wah min suka betul style macam Nissa ni, simple je tapi ada class.
Sumber : Nissa Sabyan Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran musim panas terik ataupun El Nino yang melanda Malaysia sejak bulan April lalu bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa apabila saban hari terpaksa berpeluhan.
Malah, fenomena cuaca yang khabarnya hanya akan merosot pada akhir bulan Jun ini juga memberikan kesan negatif kepada kulit wajah.
Well, REMAJA punya cara yang ingin dikongsikan bagi mengatasi masalah ini dan mendapatkan kulit selicin dan sesihat selebriti Korea! Ia tidak lain tidak bukan adalah rangkaian produk penjagaan kulit wajah daripada jenama popular dari Korea Selatan, INNISFREE.
Seperti yang ramai serba tahu, rata-rata pengguna produk INNISFREE mengakui keberkesanan produk yang mereka gunakan kerana ia bersesuaian untuk jenis kulit masyarakat Asia di negara kita yang berdepan dengan implikasi perbezaan cuaca panas lembap di luar dan sejuk di bahagian dalam bangunan.
REMAJA ingin mengajak korang untuk sama-sama memperbaiki keadaan kulit wajah kita bersama INNISFREE menerusi kempen promosi 7 hari ‘INNISFREE Day. Bermula hari ini sehingga 31 Mei 2023 nanti, korang boleh mendapatkan produk-produk INNISFREE pada harga yang tidak masuk akal berserta beberapa produk terpilih secara percuma untuk ahli INNISFREE.
Bagi penggemar setia produk-produk INNISFREE, tentunya korang sudah tahu betapa bernilainya peluang untuk merebut tawaran INNISFREE DAY sebagai ahli INNISFREE dan ia tentunya tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jom lihat di antara manfaat-manfaat yang diperolehi oleh ahli INNISFREE kali ini:
AHLI VIP
Diskaun 20% di seluruh stor INNISFREE.
Percuma Volcanic Bore BHA Cleansing Foam 150g apabila korang membeli produk-produk INNISFREE dengan jumlah nilai RM300 dan ke atas.
AHLI PREMIUM & WELCOME
Diskaun 15% di seluruh stor INNISFREE
Jom! Lihat sahajalah senarai promosi sempena INNISFREE Day pada tahun ini:
01
Brightening Pore Duo Set – RM158 (Jimat 41%)
1 x Brightening Pore Serum 30ml
PERCUMA 1 x Brightening Pore Skin 150ml
Masing-masing mengandungi kandungan vitamin B3, C dan B5 untuk kesan kulit cerah dalam masa 4 minggu.
02
Anti-Ageing & Brightening Set – RM156 (Jimat 45%)
1 x Black Tea Youth Enhancing Ampoule 30ml
PERCUMA 1 x Brightening Pore Priming Cream 50ml
Set ini mempunyai kelebihan anti-oksidan, memperbaharuhi tekstur kulit, mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit wajah.
03
Anti-Ageing Duo Set – RM156 (Jimat 43%)
1 x Black Tea Youth Enhancing Treatment Essence 145ml
PERCUMA 1 x Jeju Orchid Enriched Cream 50ml
Treatment Essence ini mengandungi 95 peratus ekstrak Black Tea dan 8 jenis ‘peptides’ yang mempromosikan sel kulit agar kulit wajah kelihatan lebih cerah dan lembut.
Manakala, tona kulit bertambah sekata dan isu kulit kering serta pori kulit boleh diselesaikan dengan penggunaan krim tersebut.
04
Promosi Early Bird
PERCUMA Green Tea Trio Kitdengan mana-mana pembelian bagi 100 ahli setiap hari.
BELI 10 PERCUMA 10 Squeeze Energy Mask pilihan korang bagi jualan 50 set pertama pada setiap hari.
PERCUMA 10 produk pilihan dengan pembelian RM300 ke atas:
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merebut promosi INNISFREE DAY ini bermula 25 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai jenis produk wajah dan juga promosi INNISFREE DAY, korang boleh melawat laman rasmi INNISFREE atau mengikuti akaun media sosial INNISFREE berikut.
Promosi INNISFREE DAY ini juga ada ditawarkan di stor fizikal INNISFREE di seluruh Malaysia. Semak senarai stor fizikal INNISFREE di sini : https://www.innisfree.my/all-stores
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nenek moyang kita dahulu memang mengunakan air sejuk setiap kali dorang mandi pada waktu pagi. Tapi dengan kemodenan masa kini, alat pemanas air sudah menjadi satu peralatan “wajib ada” di setiap rumah pada zaman sekarang.
Tapi korang sedar tak banyak sebenarnya kelebihan bila kita mandi dengan air sejuk. Selain menyegarkan badan, sebenarnya ia juga mampu mencantikkan kulit korang.
Jom lihat perkongsian menarik daripada laman web Bright Side, ini akan terjadi pada kulit korang jika mengamalkan mandi air sejuk secara berterusan. Apa-apa pun ini hanyalah sekadar ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya kita tawakal pada yang Maha Kuasa.
Kulit lebih sihat dan ‘glowing’
Air sejuk membantu meningkatkan peredaran darah. Untuk wajah pula, ini mungkin memberi kesan berseri dan kelihatan lebih sihat. Anda tidak perlu terlalu lama dalam keadaan sejuk, mandian dengan air sejuk atau suam-suam suku cukup untuk menyihatkan kulit.
2. Awet Muda
Kebiasaan mandi air sejuk setiap hari membantu kulit kekal lebih muda. Air sejuk mengaktifkan sistem saraf anda, dan tubuh mengeluarkan hormon dan bahan kimia di otak yang melawan tekanan.
Kajian menunjukkan bahawa tekanan psikologi mempunyai kesan langsung pada penuaan kulit dan memberi kesan negatif kepada banyak sistem di dalam badan.
3. Bye!!! liang pori terbuka
Air sejuk mengurangkan penampilan liang pori. Ia membantu memberi kesegaran pada wajah dan meningkatkan kecerahan kulit. Kerana air sejuk dapat menyebabkan memanpatkan saluran darah, wajah mungkin kelihatan tidak bengkak atau merah lagi.
4. Melegakan ketidakselesaan pada kulit
Walaupun pancuran air panas memberi kesan pada kulit, menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, bahkan mengelupas, air sejuk pula sebaliknya. Bagi yang mengalami kulit gatal, pancuran air sejuk dapat membantu mengatasi sensasi untuk menggaru.
Menyejukkan kulit dengan mandian air sejuk juga dapat membantu mengurangkan rasa gatal yang disebabkan oleh psoriasis.
5. Mencegah keadaan kulit yang berkaitan dengan tekanan
Mandi air sejuk menghantar sejumlah besar impulse elektrik ke otak dan merangsang pembebasan ‘hormon gembira’ atau endorfin. Apabila bahan kimia ini dilepaskan oleh tubuh, tahap tekanan menurun dan anda tidak akan mengalami banyak masalah kulit seperti jerawat, psoriasis, dan dermatitis.
Bagaimana pun sebenarnya, mandi air panas dan mandi air sejuk, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang tersendiri pada tubuh. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali demam, kita akan cari Panadol (biarpun ia adalah satu jenama seperti Colgate tetapi kita sudah terbiasa menyebut paracetamol sebagai panadol). Sekali makan, sekurang-kurangnya dua biji sekali makan, konon bagi menghilangkan kebah panas badan.
Kemudian wujud mitos pil paracetamol ini tak akan hadam dalam perut untuk satu tempoh agak lama iaitu 5 tahun. Ada lain kata-kata lain bahawa paracetamol sememangnya tak baik untuk kesihatan tubuh.
Setiap ubat ada kebaikannya jika dimakan dengan betul seperti disarankan oleh doktor. Namun boleh menjadi mudarat kalau digunakan dengan berlebihan. Ini samalah dengan ubat batuk. Elok jika ikut dos tetapi kalau berlebihan boleh jadi lalok dan digunakan oleh kebanyakan penagih dadah bagi menghilangkan ketagihan mereka.
Sebelum mempercayai semua fakta dan auta tentang paracetamol, baca penerangan yang tulis oleh pegawai farmasi, Mohd Dziehan Mustapa mengenai paracetamol ini seperti di syer dalam entri facebooknya.
Satu pertanyaan berbunyi, ADA ORANG TANYA, BETUL KE MAKAN PARACETAMOL (UBAT DEMAM) NI AKAN ROSAK HATI?
Jawapannya : YA, jika makan lebih daripada yang disarankan.
Dos yang disarankan (demam biasa)?
Jawapan: Dewasa: 1g (500mg tab x 2biji) setiap 6 jam
[Max dos:4g sehari]
Kanak-kanak: Rujuk lampiran sebab kanak-kanak dos ikut berat badan begitu juga max dos dalam sehari.
Dos yang bagaimana boleh merosakkan hati?
Jawapan: Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah:
Dewasa: 7.5-10g dalam 1 dos (1 pengambilan)
Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)
Habis tu kenapa ada orang kata makan paracetamol 8 biji sehari boleh rosak hati?
Jawapan: Mungkin orang itu bukan Ahli Farmasi atau Doktor Perubatan . Atau mungkin juga orang itu salah faham. Kita (dewasa) makan paracetamol ikut dos yang disarankan adalah 1g iaitu 500mg tablet x 2biji sebagai 1 dos (1 pengambilan).
Dos (dewasa) min yang boleh menyebabkan kesan toksik adalah 7.5-10g iaitu 500mg x 15 biji hingga 20 biji sebagai 1 dos (1 pengambilan). Mana ada orang yang makan 15-20 biji paracetamol sebagai 1 dos atau 1 pengambilan? Kecuali individu itu ada niat lain jika makan banyak begitu.
Habis tu En. Dziehan kalau makan paracetamol 2 biji setiap 6 jam tidak menyebabkan kesan toksik pada hati kita?
Jawapan: TIDAK. Sebab ikut dos yang disarankan. Badan kita bukan macam TONG atau BALDI. Ubat yang kita makan tidak berkumpul dalam badan kita. Setiap ubat akan melalui proses metabolisma dan dikumuhkan keluar daripada tubuh kita. Untuk paracetamol ia di-matabolisma oleh enzim hati kita dan dikumuhkan keluar daripada badan kita melalui urin (air kencing).
Berapa lama proses ini berlaku?
Badan kita ambil masa 1-3jam (elimination half life) untuk mengurangkan kepekatan paracetamol dalam darah kepada 1/2 daripada kepekatan asal yang diserap oleh tubuh.
Hmmmm nampak tak…inilah ilmu yang kita panggil sebagai ‘pharmacokinetics’. Ahli farmasi belajar subjek ini. Sebab itu kami lebih memahami perkara-perkara berkaitan Ubat-ubatan ?
Maka setakat makan 2 biji (1g) paracetamol tidak menyebabkan kerosakan hati. Dalam 1-3 jam kepekatan 1g paracetamol yang diserap oleh tubuh akan menjadi separuh kerana proses metabolisma. Kesan toksik berlaku apabila ubat berada dalam kepekatan tinggi dalam tubuh dalam satu jangka masa yang tertentu dan kekuatan ubat tersebut.
Maka sekarang CLEAR tak berkaitan FITNAH PARACETAMOL yang digembar gemburkan kononnya beri kesan toksik kepada hati pada dos biasa. Ingat, SALAH INFORMASI itu…saya dah terangkan paling ringkas yang boleh berdasarkan informasi yang sahih.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...