4 Jam Lalu Mufti Wilayah Buat “Live FB” Penerangan Bomba Di Lokasi Pencarian Acap, Bila Kes Ini Ditutup?

Share

Tular hari ini dengan pelbagai spekulasi kononnya Acap telah ditemui dan kes pencariannya ditutup. Ia menimbulkan polemik sehingga ada netizen menulis satu Malaysia kena game dengan isu kehilangan Acap yang mana ada mendakwa dirinya sebenarnya tiada di lokasi pencarian.

Spekulasi tiada bunian, jin atau lain-lain troll ini mula timbul bila dua individu atas nama  fb, Pangiran Nur Satria Aduka bertarikh 6 April 2019 dan Muhammad Mamzah yang menulis semalam  (7 hb April) sehingga menjadi tular di media sosial di mana dari “bahasa berkias”  mengatakan isu  kehilangan Acap yang tiada kaitan dengan alam jin, kes sudah selesai dan tunggu penjelasan dari PDRM.

Sebagai rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa dan masa yang sama berasa simpati terhadap isu Acap, ramai yang meluahkan “rasa kecewa” kerana selama ini mereka percaya Acap hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu. Malah sehingga berita ini ditulis Acap sudah hilang selama 18 hari lamanya.

Namun petang tadi, sekitar jam 2.45 petang, dalam laporan Harian Metro, pihak polis menjelaskan bahawa jangan timbulkan spekulasi kerana berita ini tidak sahih.

Carian Remaja di fb abang Acap, Denny Lang sekitar 5 jam lalu, abang kepada Acap meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir pengamal perubatan mengadakan ritual pelik dalam pencarian adiknya sehingga dewan yang disediakan telah ditutup.

“Disebabkan Ada Segelintir Pengamal Perubatan Yg Menggunakan Ritual Pelik Berupa Penyembahan Dan Pemujaan Maka Pihak Pengurusan Telah Menghentikan Bantuan Dewan Kepada Kami.

Tindakkan Pengamal Perubatan YgTidak Bertanggungjawab Begini Telah Memberi Kesan Buruk Kepada Unit Sukarelawan SAR Yg Datang Dari Segenap Pelusuk Tanah Air Termasuk Sabah & Serawak Utk Sama2 Serta Dlm Misi Pencarian.

Kemudahan Tersebut Satu Satunya Tempat Bagi Mereka Berkongsi Maklumat, Solat Dan Sedikit Istrirehat Setelah Penat Meredah Hutan Sungai Dan Paya.

Kami Bagi Pihak Keluarga, Sukarelawan Beserta Seluruh Warga Gopeng Berasa Kesal Dgn Tindakkan Segelintir Pengamal Perubatan Yg Tidak Bertanggungjawab Ini.

Mufti Wilayah Buat Live di tempat berkumpul lokasi pencarian Acap

Carian REMAJA di fb Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendapati Mufti yang sangat dihormati ini membuat FB Live di tempat berkumpul lokasi pencarian Acap di mana penerangan ini diberikan oleh Jabatan Bomba terhadap rombongannya.

Mufti Wilayah, Dr Zulkifli mendengar penerangan dari pihak pencari, Bomba ke lokasi pencarian Acap dalam rangka kerjanya di Perak hari ini

Persoalannya, jika Mufti yang kita hormati pun ada di lokasi, persoalannya, bila operasi pencarian ini dihentikan seperti mana dinyatakan oleh netizen-netizen hari ini?

Sebaiknya, bersamalah kita terus berdoa, tidak kira dalam apa situasi pun, sama ada ada atau tidak penglibatan alam ghaib agar Acap dapat kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros