Musim PKP tidak menghalang masyarakat kita daripada membuat pembelian secara online. Tambahan pula, banyak jenama-jenama besar kini sedang giat melancarkan sale kaw-kaw di lamab web mereka.
Bagi korang yang gemar bersukan dan melakukan aktiviti kasual, kini beberapa jenama kasut antarabangsa yang popular tidak ketinggalan memberikan harga promosi yang bakal membuatkan korang tak senang duduk. Mesti tangan tu rasa gatal je nak ‘shopping online’ selepas melihat tawaran yang diberikan. Hiks!
Jom kita lihat antara tawaran yang diberikan oleh jenama-jenama berikut:
Kasut berjenama Skechers boleh didapati dengan hanya berharga RM99 di Shopee Mall. Korang juga boleh menggunakan baucar RM5, RM10 dan RM20 untuk dapatkan diskaun tambahan.
Jenama Asics juga turut mengadakan promosi di laman web rasmi Asics Malaysia. Korang bolehlah cari kasut training untuk berzumba di dalam rumah. Hehe!
Harga Adidas Ultra Boost adalah RM780, namun selepas diberikan diskaun, ia menjadi RM274.50 di laman web rasmi Adidas Malaysia.
Promosi berlangsung sekarang hingga 30 April 2020.
Di laman web rasmi JD Sport juga menawarkan harga promosi kasut yang lebih rare.
Ha, menarik kan? Apa lagi, jom ‘cuci mata’. Hiks!
Sumber: Pemburu Tiket Murah