Baharu sahaja merangkul pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi, Mohd Al-Jufferi akhirnya secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional yang telah diceburinya sejak 15 tahun lalu.
Setelah bergelar juara dunia sebanyak empat kali, anak muda berusia 30 tahun ini mengumumkan persaraannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Arena 1 Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Jelasnya, malam tadi secara rasmi dia telah membuat keputusan untuk bersara tidak kiralah sama ada merangkul pingat emas atau tidak kerana ingin menamatkan karier selaku atlet silat negara selepas hampir 15 tahun.
Keputusan itu juga dibuat berdasarkan faktor kesihatan terutamanya kecederaan bahu kanan yang dihadapi AL-Jufferi selama ini memerlukan tumpuan untuk dipulihkan. Ne;iau berkata, keputusan untuk bersara itu sudah banyak kali disuarakan termasuklah ketika Sukan SEA di Hanoi pada Mei lalu tetapi terpaksa ditangguhkan selepas dipujuk oleh pelbagai pihak terutama tarikh aksi kejuaraan dunia sudah hampir.
Al-Jufferi telah menewaskan pesilat dari Indonesia, iaitu Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 35-21, sekali gus berjaya menobatkan beliau menjadi juara dunia buat kali keempat.
Apa-apa pun selamat maju jaya dan tahniah kami ucapkan kepada Al-Jufferi kerana telah mengharumkan negara dalam dunia persilatan.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.