4 Kes Liwat & Serangan Seksual Libatkan Pelajar Tahfiz Masyarakat Perlu Tahu

Share

Ramai beranggapan pusat tahfiz antara institusi yang memegang kukuh soal beragama. Ramai ibu bapa mengharapkan anak-anak menjadi insan soleh dan mampu menolong mereka di akhirat kelak seandainya anak menjadi hafiz dan hafizah.

Namun perjalanan anak-anak tahfiz ini ada ketikanya dicemari insan yang mungkin tidak bertangungjawap apabila melakukan serangan seksual dan liwat khususnya untuk remaja lelaki yang belajar di pusat tahfiz.

REMAJA senaraikan empat kes liwat dan serangan seksual yang perlu masyarakat tahu mengenai jenayah terkutuk ini.

Seorang guru agama di sebuah Maahad Tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tiga pertuduhan melakukan seksual fizikal  dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, di sekolah tahfiz itu. Mohamad Ajmal Mohamed Khairi, 22, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Dalam kes ini, guru agama ini dikatakan telah melakukan sentuhan seksual fizikal ke atas remaja lelaki itu. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuatkan remaja lelaki itu menyentuh kemaluannya. Dan tuduhan ketiga menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama.

Ketiga-ketiga kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah Maahad Tahfiz di sini antara 10.30 malam dan 12.30 tengah malam antara , 8 April 2018 dan 8 Jun lepas. Mahkamah menetapkan 28 Ogos untuk sebutan semula kes.–Bernama

Tentunya kes serangan seksual sebegini tidak dapat diterima oleh masyarakat apabila melibatkan pelajar tahfiz
Kes ini mencetuskan polemik apabila tertuduh menghadapi begitu banyak pertuduhan apabila dihadapkan ke mahkamah

10 Pelajar Tahfiz diliwat & didera secara seksual oleh pemberi sumbangan

Ini memang kes gempar. Melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun dan kes mencemar nama institusi tahfiz ini berlaku di Kuantan. Kesnya masih dalam perbicaraan mahkamah. Ia melibatkan seorang pemberi sumbangan yang amat rapat dengan pelajar, guru dan ibu bapa pelajar.

Dikatakan enam mangsa liwatnya selain bakinya adalah mangsa serangan seksual yang dikatakan dipaksa menghisap kemaluan lelaki terbabit melibatkan pelajar berusia 14-17 tahun.Jika ada niat nak beritahu orang lain hal terkutuk ini, mangsa dipukul dan diugut bunuh. Lebih teruk mangsa dibawa balik ke rumahnya dan di situ mangsa diliwat.

Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, bagaimana pun mengaku tidak bersalah terhadap 38 pertuduhan dihadapinya dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Masa yang sama tertuduh juga berdepan 29 pertuduhan meliwat enam pelajar tahfiz di rumahnya di Taman Selamat, Teluk Sisek.

Pelajar tahfiz ada ketikanya menjadi mangsa kerakusan pihak tidak bertanggungjawab. Gambar sekadar hiasan

Budak tahfiz liwat pelajar 9 tahun

Ini lagi kes tak masuk akal dan berlaku di Kuala Pegang, Baling, Kedah. Entah belajar dari mana tetapi semasa minggu suai kenal, tiga orang pelajar senior dari Kupang, Baling telah meliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera.

Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.

Dakwa bapa ini, anaknya berubah menjadi pendiam dan apabila dipujuk baru diceritakan bahawa dia pernah dipukul di bahagian belakang sampai patah kerusi, diterajang, dicekik, disuruh telan tulang cencaru, dipaksa makan nasi dengan banyak dan kemudian ditampar pipi, dan paling teruk dia pernah diliwat,” katanya.  Kejadian ini berlaku pada Ogos 2011.

Guru agama liwat pelajar 13 tahun

Kes liwat dan serangan seksual ini kali ini melibatkan seorang guru agama di Kuala Terengganu. Kejadian ini berlaku pada 2011 dan amat mengemparkan negara kerana ramai beranggapan sekolah tahfiz adalah institusi yang memelihara tunjang agama.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros