Walaupun dunia semakin berubah dengan pantas, esen kepada ciri-ciri kepimpinan masih sama seperti zaman terdahulu.

Sejak kecil, kita dibesarkan dengan kisah-kisah pemimpin hebat dunia Islam yang banyak mengubah corak kepimpinan dan kehidupan masyarakat Islam sedunia.

Mungkin sempena Pilihan Raya Umum ke 14 ini, kita boleh mengharapkan agar ciri-ciri lima pemimpin hebat Islam ini ada dalam diri calon mana-mana parti.

 

Gemar Turun Padang

Walaupun diberikan tampuk kuasa pemerintahan, ia tidak harus disalah guna untuk menguntungkan diri sendiri dan orang terdekat. Sebaliknya, rakyat yang memerlukan bantuan dibela.

Saidina Umar al-Khattab mudah menitiskan air mata jika ada rakyat yang kelaparan. Beliau tidak mampu untuk tidur dengan nyenyak sehinggalah dapat memastikan perut rakyat terlah terisi dengan makanan.

Dalam bahasa mudah, seharusnya pemimpin sentiasa berusaha untuk menjamin rakyat dapat hidup dengan selesa.

Ads

4 Kisah Pemimpin Islam Terdahulu Ini Harus Dijadikan Contoh Oleh Wakil Rakyat

Membantu Dengan Ikhlas

Satu hari, Saidina Umar al-Khattab bertemu dengan seorang ibu yang memasak batu hanya untuk menghiburkan anaknya yang menangis kelaparan. Semuanya gara-gara tidak mampuk memiliki makanan.

Pada waktu itu juga, beliau memikul sekarung gandum dari gudang negara untuk diberikan kepada wanita tersebut namun merahsiakan kerja amalnya itu. Dalam dunia sekarang, janganlah pemimpin mengharapkan liputan media untuk datang sebelum mereka menghulurkan tangan bantuan.

Ikhlaslah ketika membantu rakyat.

Ads

 

Pikul Amanah Negara

Pemimpin hebat, Khalifah Umar bin Abdul Aziz akan memastikan rakyat di bawah kepimpinannya tidak lagi terdiri daripada golongan penerima zakat. Penurunan statistik kemiskinan semasa zamannya menjadi penanda betapa sistematik cara beliau menguruskan amanah dan ekonomi negara.

 

4 Kisah Pemimpin Islam Terdahulu Ini Harus Dijadikan Contoh Oleh Wakil Rakyat

Ads

 

Berani Pertahankan Rakyat

Panglima kaum Muslimin, Salahuddin al-Ayyubi menghabiskan separuh daripada kehidupannya untuk membebaskan negeri Muslim daripada cengkaman penindas. Bagi beliau, tidak sejengkal pun tanah kaum Muslimin boleh dihina atau dirampas oleh sesiapa pun.

Beliau pantang menyerah tatkala berada di medan jihat sehingga beliau begitu disegani oleh pemimpin dunia pada waktu tersebut.

 

Sumber: Timbalan Mufti Perak

* * * * *

Diharap bakal pemimpin daripada mana-mana parti boleh mencontohi sifat kepimpinan yang ada pada mereka ini. Bukan sekadar menaburkan janji manis dan beramah mesra semasa tempoh berkempen saja.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI