Seperti yang kamu tahu, usia remaja dipengaruhi oleh perkembangan hormon yang berlaku pada tubuh badan. Lantas, ia akan menganggu kestabilan sel-sel wajah yang sedang mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
Sebab itulah, kamu perlu berhati-hati dalam aspek penjagaan muka dari usia belasan tahun. Jangan tunggu sehingga usia mencecah pertengahan 20-an, barulah kamu ingin memperbetulkan masalah wajah.
Sebelum membeli produk wajah, kamu perlu tahu apakah jenis produk dan kandungan yang sesuai untuk merawat masalah dan mengekalkan kondisi wajah yang baik.
Sekiranya kamu memiliki masalah kulit kering seperti yang berlaku pada kebanyakan remaja, ini adalah 4 langkah asas yang boleh korang amalkan pada setiap hari.
BERSIH MUKA & TANGGALKAN SOLEKAN (2-DALAM-1)
Semua orang tahu keperluan untuk membersihkan muka sebaik saja tamat rutin di siang hari. Tapi ramai yang malas kan?
Jadi, apa kata kamu dapatkan produk pembersih muka dan penanggal solekan 2-dalam-1. Dengan hanya 1 bersihan, kamu sudah dapat selesaikan terus 2 langkah.
Inilah kelebihan yang kami suka pada MoistLoc Hydrating Double Action Cleansing Milk. Ia melembut, memperbaiki, menghidrat dan melindungi kulit daripada masalah yang disebabkan oleh habuk dan debu pencemaran.
TONER YANG TIDAK BERMINYAK
Walaupun kamu berkulit kering, tidak bermakna kamu boleh menggunakan sebarang jenis toner. Ada yang mempunyai kandungan minyak dan jujurnya, ia tidaklah begitu bagus bagi mereka yang berkulit kering. Kamu perlukan toner yang boleh menyeimbangkan kandungan air dan minyak pada kulit.
MoistLoc Hydrating Toner membaiki lapisan pelindung kulit dan melembutkan kulit dengan kandungan Vitamin B5.
SERUM UNTUK MEMULIH DAN MELEMBAP LEBIH MENDALAM
Ramai yang bertanya sekiranya langkah serum ini boleh diketepikan. Bagi kami, serum adalah produk yang menambah baik kondisi kulit kamu. Tidak rugi pun untuk kamu menggunakannya. Contohnya seperti MoistLoc Hydrating Crystal Serum ini.
Ia ringan dan menyegarkan, umpama kamu tidak rasa seperti meletakkan apa-apa produk pun pada kulit. Ia juga meningkatkan ketegangan kulit dan kamu dapat rasakan dengan cepat selepas meratakannya.
GEL WAKTU SIANG DAN MASK PADA WAKTU MALAM
Itulah kelebihan menggunakan set MoistLoc daripada NUViT Malaysia ini. Kamu boleh mendapatkan dua fungsi dalam 1 produk, seperti MoistLoc Hydrating Active Gel ini.
Ia adalah gel krim dwi-fungsi yang boleh digunakan sebagai krim pelembap pada waktu siang dan sebagai mask pada waktu malam. Apabila dipakai 2 kali sehari, kelembapan pada wajah akan kekal pada tahap optimum dan meningkatkan seri wajah.
Senang bukan?
Hanya dengan 4 langkah asas ini, kulit akan kekal lembap untuk jangka masa panjang, terasa segar dan lembut.
Yang penting, set MoistLoc oleh NUViT Malaysia ini menggabungkan sains dan ekstrak tumbuhan semulajadi, bebas daripada alkohol dan anti-alergi. Kamu dapat menggunakannya dengan efektif dan selamat!
*
Saksikan pencarian Dewi Remaja 2019 pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
Kemudian saksikan LIVE Facebook dan Instagram bersama finalis di @majalahremaja pada jam 10.00 malam.