Parut merupakan satu kesan yang berlaku pada bahagian tubuh seperti badan, kaki, tangan dan wajah. Seseorang yang memiliki parut lebih terdorong untuk berasa tidak yakin kerana menganggap ia adalah satu ‘kecacatan’ pada tubuh badan.
BACA: 5 Produk Terbaik Untuk Hilangkan Parut Jerawat Yang Boleh Korang Cuba
Menurut MyHealth, parut adalah hasil dari penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Ini disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan dan tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. Parut boleh terbentuk sama ada pada tisu dalaman dan juga pada permukaan kulit.
Parut keloid antara yang paling tidak disukai kerana boleh meninggalkan kesan hodoh pada tubuh badan. Parut ini terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal. Ia bukan sahaja tampak hodoh, malah boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.
Namun begitu, untuk pengetahuan korang sebenarnya kesan parut ini boleh dikurangkan dengan memilih produk yang bersesuaian. Terdapat beberapa produk untuk menghilangkan kesan parut keloid yang ada di pasaran.
Berikut kami kongsikan antara produk-produk yang korang boleh cuba.
Sapu nipis-nipis pada parut. Ada yang mengambil masa selama dua ke tiga bulan untuk hilang bergantung kepada jenis parut.
Guna dua ke tiga kali seminggu. Ia mengambil masa lebih kurang satu ke dua bulan untuk keloid pudar/hilang. Boleh juga digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.
Sapu pada parut dan biarkan selama 12 jam. Selalunya ia akan nampak kesan dalam satu ke dua bulan.
Boleh sapu di parut keloid atau parut luka, sapu dan biarkan selama 12 ke 22 jam sehingga parut pudar atau hilang.
Jika korang mempunyai masalah parut keloid ini boleh cuba dapatkan produk-produk seperti yang telah dinyatakan diatas. Semoga membantu!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)