4 Selebriti Indonesia Terus Bela Anjing, Tak Peduli Cercaan Warganet

Share

 

Seakan ada satu stigma di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia apabila bercakap soal binatang peliharaan anjing.

 

Sentimen yang sama turut dirasai di Indonesia.

Baru-baru ini, filem June & Kopi terbitan produksi Indonesia telah memaparkan sebuah kisah keluarga yang membabitkan anjing peliharaan.

ARTIKEL BERKAITANConfirm Buat Penonton Menangis, Ini 4 Fakta Tentang Filem Indonesia June & Kopi – REMAJA

Biarpun ia hanyalah filem fiksyen, namun ramai tertanya mengapakah anjing yang menjadi subjek haiwan dalam filem tersebut sedangkan ia boleh menimbulkan isu sensitif di kalangan masyarakat negara majoriti Islam itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini juga, selebriti di Indonesia terang-terangan berkongsi di media sosial berkenaan keputusan mereka membela anjing sebagai binatang peliharaan.

Apa yang membuatkan warganet kecoh adalah apabila selebriti yang membela itu merupakan seorang Muslim dan mereka tertanya apakah sebab di sebalik pemilihan anjing itu?

Tidakkah mereka perlu untuk melakukan rutin menyamak diri serta kawasan rumah pada setiap hari? Malah, timbul juga persoalan sama ada mereka ini masih beragama Islam di kalangan warganet.

Apa jua sebab mereka memilih untuk membela anjing, kita seharusnya menghormati sajalah. Mungkin mereka mempunyai alasan kukuh seperti atas faktor keselamatan.

Jom lihat empat orang selebriti Indonesia yang dimaksudkan itu.

 

Afgansyah Reza

Penyanyi bersuara lunak ini selalu juga memuat naik foto dan video di Instagram serta TikTok miliknya dengan memegang anjing peliharaan. Malah, dirinya juga seringkali lepak bersama rakan serta anjing peliharaan milik mereka. Ala-ala dog playdate gitu.

Selalunya, Afgan tidak akan melayan sebarang komen peminatnya yang mungkin sedikit kasar apabila bercakap berkenaan soal memelihara anjing. Namun, dia masih membalas sesetengah komen untuk menjelaskan cara dirinya menyamak diri menggunakan sabun tanah sekiranya dia terkena air liur anjing tersebut.

.

.

Nia Ramadhani

Pelakon popular drama Bawang Merah Bawang Putih

ini sentiasa menjadi subjek serangan warganet disebabkan oleh anjing bernama Maximus Bakrie yang dipeliharanya. Ibaratnya, Nia sudah kalis dengan segala kecaman tersebut dan melangsungkan saja rutin hariannya membela anjing.

Sekitar Oktober bulan lalu, Nia sekali lagi mencetuskan gosip hangat apabila dikatakan telah menyewa sebuah rumah mewah berkos RM129,000 bagi tempoh enam bulan untuk anjingnya itu!

Katanya, rumah tersebut adalah tempat untuknya meluangkan masa bersama Maximus dan kawan-kawannya yang ingin bermain dengan anjingnya. Tambah menarik apabila rumah itu mempunyai bilik karaoke. Hhm, nak menyanyi bersama anjinglah kot.

.

.

Krisdayanti

Bukan rahsia lagi penyanyi popular ini adalah pemilik kepada anjing jenis poodle. Buat masa ini, Kris memiliki dua ekor anjing tersebut berwarna putih dan coklat serta seringkali dilihat membawanya berjalan-jalan.

Setiap kali Kris melakukan rutin tersebut, bukan hanya soal anjing peliharaan yang menjadi topik perbualan warganet. Malah, pakaiannya juga dipertikaikan.

.

.

Al Ghazali

Tidak lekang dengan kontroversi ya Al! Pemilik anjing bernama Jude ini

tidak pernah menyorokkan binatang peliharaannya itu daripada pengetahuan para followers.

Malah masa terluang yang dimiliki oleh Al sering digunakan untuk bersama-sama dengan anjing peliharan jenis husky itu.

Sama seperti Afgan, Al juga pernah memberitahu bahawa bukanlah satu isu besar untuk dirinya menyamak diri dengan campuran air tanah.

*

ARTIKEL BERKAITANLagi Gaga Tawar RM2 Juta Untuk Mencari Anjing Peliharaannya Yang Dicuri – REMAJA

Published by
FZ