Penghijrahan merupakan suatu perubahan besar yang telah berlaku dalam diri.
Sejak kebelakangan ni, kita boleh lihat dah ramai selebriti yang cuba untuk lebih mendekati Islam.
Bukan saja berhijrah secara fizikal, iaitu dengan mengenakan hijab, tetapi gaya hidup yang dilalui mereka juga sudah nampak berbeza.
Berikut antara 4 selebriti yang pernah berkongsi kisah hijrah mereka dengan ZAYAN dan sama-samalah kita doakan agar mereka terus sama-sama istiqamah dalam mencari redhaNya.
Semuanya berlaku pada 2011, Diana Amir bersyukur kerana telah mendapat hidayah dari Allah yang menggerakkan hatinya untuk lebih mengenali sang pencipta.
Jelasnya, kadang-kadang kalau mak ayah tolong pun tak jadi juga kalau Allah gelapkan hati kita. Alhamdulillah, Allah memberinya peluang untuk memahami apa matlamat hidup.
Tidaklah terlalu fokus kepada keduniaan seperti sebelum ini, Diana mula sedar yang dia hanyalah seorang hamba.
Dan tugas sebagai hamba di dunia ini hanyalah untuk menyembah kepadaNya.
Terbuka hati menerusi cerita yang dikongsi oleh rakannya sendiri tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW menyayangi umatnya, Diana akhirnya terbuka hati untuk terus berhijab sehingga hari ini.
Selepas mengalami kemalangan pada tahun 2007, Catriona Ross mula mencari siapa dirinya kembali dan cuba untuk membuat come back dalam industri dan akhirnya menerima banyak tawaran berlakon.
Walaupun jiwanya pada masa tu sudah mula rasa kosong dan tak tahu apa yang perlu dilakukan selepas kemalangan, Catriona mula terfikir bahawa Allah telah memberinya peluang kedua. Dia sudahpun boleh berjalan dan berlari semula. Namun hatinya terdetik…
“Takkan nak pakai tudung sekarang kot? Baru 26, 27. Muda sangat nak pakai tudung kan..?”
Catriona mula mencari kekuatan untuk berubah – bermula dengan memakai tudung. Lebih-lebih lagi apabila ibunya bertanya, “Dah sembahyang ke?’. Catriona berasa terkedu untuk menjawab sudah sembanyang, wal hal dia tak buat pun pada waktu itu.
Sehingga pada satu tahap, dia merasa enough is enough dan ingin membuang hair extension yang dipakainya secara beransur-ansur. Disitulah Catriona nekad untuk istiqamah dengan penampilannya.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Bin Ramli memulakan kariernya sebagi seorang pemuzik atau rapper. Ketika itu, Caprice banyak dipengaruhi oleh tunjuk ajar pemuzik yang lebih senior seperti Cat Farish dan Noh Salleh, selain rapper antarabangsar seperti Jay Z. Kisah di sebalik Jay Z juga turun ‘menjentik’ Caprice untuk membuat sesuatu untuk peminatnya yang masih bersekolah.
Caprice melancarkan kempen Anti Buli. Bukan saja melalui ground event, dia juga menggunakan media sosial untuk menentang kes buli siber.
Baginya, ini adalah sebahagian daripada usaha berjihad.
Jihad di sini dalam konteks memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencari ilmu kerana tanpa ilmu, sesiapa saja akan mudah sesat. Maka terhasillah Mengaji.Com, Smart Surau dan beberapa lagi projek lain.
Membesar dalam persekitaran orang Melayu membuatkan Adam Corrie bukan saja terdedah dengan budaya Melayu, malah pada ajaran Islam. Sehinggakan Adam pernah terikut-ikut untuk berpuasa dan juga tertarik dengan laungan azan.
Menurut Adam Corrie, jiwanya rasa tenang setiap kali mendengar tentang Islam.
Pada waktu itu, dia masih belum menerima hidayah untuk memeluk agama Islam meskipun dia berkawan rapat dengan anak seorang ustaz.
Untuk pengetahuan korang, hatinya hanya terbuka kepada Islam ketika berusia 39 tahun. Setahun selepas itu, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya.
Mengimbas kembali mengenai Adam Corrie, dia pernah menjadi seorang yang agak nakal ketika zaman kanak-kanaknya, malah bersekolah pun sehingga darjah enam saja. Bila tengok dekat TV asyik bawa watak gangster je kan. Alhamdulillah, Allah buka hatinya untuk berubah menjadi seorang yang jauh lebih baik.
* * * * *
Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi tentang kisah penghijrahan selebriti Malaysia mendekatkan diri kepada Islam, boleh layari Kisah Inspirasi di Youtube Channel ZAYAN My.
Korang juga boleh dengarkan mereka menerusi aplikasi ZAYAN atau di saluran radio frekuensi 104.9 FM bagi korang yang menetap di Lembah Klang.