4 rekaan terbaru ini membolehkan pemiliknya bergerak pantas, flesksibel dan paling penting, selesa sepanjang waktu memakainya.
PUMA
Jika supermodel, Adriana Lima memakai sesuatu, ribuan lagi perempuan turut ingin memakainya! Terbaru, Adriana dipilih sebagai duta koleksi Weave XT daripada PUMA.
Weave XT memudahkan aktiviti hardcore korang di gimnasium kerana midsole-nya membolehkan pergerakan pantas, fleksibel dan pada masa yang sama, betul-betul memberikan grip
yang mantap.RM329 di stor PUMA dan stor rangkaian.
COLE HAAN
JenamaAmerika Syarikat ini semakin pantas mempelbagaikan lagi koleksi sneakers yang mereka tawarkan. Terbaru, Cole Haan memperkenalkan koleksi Generation ZEROGRAND yang sesuai untuk kedua-dua jantina dan amat menyelesakan!
Ia mempunyai rekaan Stitchlite yang betul-betul mengikut bentuk tapak kaki. Selain itu, ia ringan dan sesuai untuk dijadikan sebagai sneakers, kasut kasual dan kasut formal.
Lihat je bagaimana penari ini membuatkan persembahan di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini. Selamba je mereka boleh bergerak bebas di perkarangan bangunan itu.
VANS
Kini, Vans bukan lagi hanya untuk warga skaters tetapi ia adalah sneakers lifestyle yang semakin digemari kerana stailnya.
Khas sempena ulangtahun ke-40 Vans bekerjasama dengan sukan BMX, koleksi khas Vans BMX 40th Anniversary Pack: Sk-8 akan mula dilancarkan pada 8 Ogos ini. Penulis merasakan ramai yang akan merebut sneakers berwarna hijau neon ini kerana 80’s vibe yang diberikan. Selain itu, ia juga didatangkan dalam warna biru putih.
UNDER ARMOUR
Bagi peminat sukan bola keranjang, korang tahu kan bahawa Under Armour ialah antara jenama yang terbaik untuk memberikan korang stabiliti, keselesaan dan memudahkan pergerakan di sekeliling gelanggang.
Koleksi paling popularnya, the HOVR Havoc kini mempunyai ‘adik’ iaitu the HOVR Havoc 2 yang mempunyai sistem kusyen UA HOVR. Ia mempunyai respon yang baik sekiranya pemain berlari dan melompat, seakan mempunyai impak ‘spring’.
RM579 di stor Under Armour Sky Avenue Genting Highlands, stor Hoops Station dan secara online di underarmour.com.my
*
BACA: [KUIZ] Apakah Sneakers Yang Menggambarkan Personaliti Kamu
Sneakers mana paling menarik perhatian?