
Tinggal lagi beberapa hari je kita nak menyambut hari raya Aidilfitri. Bagi yang baru saja bekerja, takkan la tak hulur duit raya untuk anak-anak buah dan sepupu yang masih bersekolah.
Maklum saja, tentu ramai yang nak merasa gaji pertama kan? Hiks!
Kalau ada yang last minute nak tukar duit raya, jangn risau. Korang tak boleh tukar sendiri di mesin ATM terpilih dengan mudah.
Ikuti cara yang dikongsi oleh Mohd Shukur di laman Facebooknya.
1. Cari Maybank yang terpilih. Contoh gambar adalah di Maybank Setia Alam ada dua mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru
2. Pilih ATM yang ada signage gambar tiga orang pakai baju Melayu pegang duit (seperti dalam gambar)
3. Semua duit dalam mesin ATM terebut adalah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount
4. Jumlah maksimum bagi setiap pengeluaran ialah RM300. So, kalau korang nak 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali
5. Dah settle. Sampul raya boleh minta daripada orang yang jaga kaunter. Kalau masih ada stok, rezeki korang la.
“Janganlah Dengki” – Pelakon, Yuna Rahim Pertahankan Meerqeen

Mulut orang, kita memang susah nak tutup.
Tapi sekiranya sudah terang-terangan seseorang mempamerkan sifat dengki di bahagian komen media sosial, tentulah kita tidak mahu ia berlaku pada rakan sendiri.
Dua hari lalu, pelakon yang popular dengan watak Cempaka menerusi drama Sweat Dreams, Yuna Rahim telahpun menegur seorang netizen yang mempersoalkan peluang lakonan yang diterima oleh pemenang tempat ketiga Hero Remaja
2020, Shameer Shauqeen ataupun Meerqeen.
Dalam posting poster telefilem komedi seram, Kelaster yang dimuat naik oleh Meerqeen, seorang netizen telahpun mempersoalkan kelayakan pelakon itu untuk digandingkan dengan pelakon senior dalam telefilem tersebut seperti Azhan Rani, Nora Danish dan Achey.
Lalu tanpa teragak-agak, Yuna yang juga merupakan gandingan Meerqeen dalam drama baharu, Angkara Cinta menjawab semula komen tersebut. Komen netizen itu bagaimanapun telah dipadamkan setelah Yuna berbuat sedemikian.
*
Bercakap kepada REMAJA mengenai komen balasnya pada posting Meerqeen tersebut, Yuna mempertahankan tindakannya itu kerana baginya, peluang berlakon berbalik kepada rezeki seseorang.
“Salah ke kalau pelakon baru diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon senior atau pelakon yang mempunyai nama besar? Itu adalah rezeki pelakon itu dan juga merupakan batu loncatan untuknya mengasah bakat.
“Apabila berada di set bersama pelakon seperti Achey dan Nora, saya percaya dia (Meerqeen) juga banyak belajar dan menerima tip daripada mereka berdua, selain daripada pengarah. Jadi mengapa netizen perlu mempertikaikan pula?
“It is not right to say such things like ‘layak ke tak layak untuk berlakon dengan A dan B’. Janganlah kita dengki,” jelas Yuna.
Tambahnya lagi, di antara 10 orang yang mengenali kita, mungkin 9 orang saja yang menyukai kita. Oleh itu, dia berharap agar Meerqeen ataupun pelakon baru lain tidak mengambil peduli jika menerima komen negatif sedemikian.
“Saya bukanlah nak memperbesarkan sesuatu perkara. Namun, saya tidak akan teragak-agak untuk menegur jika ada komen daripada netizen yang saya rasakan tidak patut. Bila kita cuba educate, mungkin ada orang ingat kita sedang marah. Tidak marah, hanya tegur.”
Drama Takdir Kita
Bercakap mengenai drama Angkara Cinta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Prima, Yuna merasakan penonton akan addicted dengannya kerana ia menampilkan barisan pelakon baru dan lama yang mempunyai tarikan masing-masing. Malah, Yuna juga yakin jalan ceritanya yang berkisarkan keluarga ini akan mudah diterima.
“Saya memegang watak Jiji yang rapat dengan keluarga karakter lakonan Meerqeen, Hun Haqeem dan Nina Juren. Sebaik mungkin, Jiji ingin membantu keluarga tersebut.
“Walaupun sibuk di set kerana drama ini melibatkan 70 episod, namun kami seronok melayan perangai masing-masing apabila ada waktu lapang. Terutamanya Syazwan Zulkifly dan Meerqeen, ada je perangai mereka,” katanya lagi.
Yuna juga teruja apabila kembali bergandingan dengan Nina Juren setelah mereka akrab daripada drama Sweet Dreams yang tular pada tahun lalu.
Rezeki Ramadan, Tealive Tawar Harga RM2.50 Sehingga 15 Jun Ini

Dah masuk bulan Ramadan ni, macam-macam pula harga promosi yang ditawarkan yang membuatkan kita rasa ‘gila’ nak membeli.
Berita baik untuk korang yang suka minuman bubble tea, Tealive dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk Kempen Raya dengan memberikan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih jika bayaran dibuat menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.
Bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019, korang boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 saja dengan syarat kena bayar guna Touch n Go eWallet.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaction.
Apa-apa pun, korang memang boleh jimat banyak dengan menggunakan aplikasi tersebut. Lagi-lagi di bulan puasa ni, cuaca panas mesti tekak pun haus gila kan?
Jadi apa lagi, sebelum berbuka tu singgah dululah ke cawangan Tealive yang berdekatan. Hiks!
Jika Indonesia Bangga Ada Unicorn Go-Jek, Malaysia Ada Apa? Co Founder Get Runner Luah Pendapat Peribadi

Hari ini, ramai memperkatakan tentang Go Jek yang sah akan masuk Malaysia. Jika korang pernah ke Indonesia mesti pernah nampak Go Jek memenuhi jalan raya di Indonesia yang terkenal padat tiada kira masa. Jadi menggunakan motosikal adalah alternatif paling baik untuk tidak terperangkap dengan kesesakan.
Bacalah dengan tenang pendapat Co Founder Get Runner, Khairul Ikhwan Zulkefly mengenai buruk baik kemasukan Go Jek ke Malaysia yang mana seperti laporan akhbar arus perdana hari ini, kemasukan Go Jek ke Malaysia ini atas inisiatif Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menambah pendapatan golongan muda.
Sekali baca seperti kata Khairul Ikhwan Zulkefly memang betul katanya. Jika Indonesia bangga ada unicorn Go Jek, apa unicorn kita kita?


Gojek dah nak masuk Malaysia. Kabinet pon katanya dah bagi greenlight. Apa pendapat korang. On ke tak on?
Bagi saya on dan juga tak on.
Kenapa on? Sejak Uber dah keluar daripada market Malaysia, Grab hampir tiada persaingan dan menjadi monopoli dalam industri e-hailing. Grab masih ada persaingan dalam market sekarang seperti Mycar dan Maxim tapi tidak memberi saingan yang sengit sepertimana Uber dulu. Bila berlaku monopoli, Grab boleh control market dan ini memberi kesan buruk kepada end-user. Dalam cerita monopoli, boleh ambil contoh Astro. Bila monopoli dihapuskan, banyak kebaikan untuk customer.

Kenapa on? Gojek bermula sebagai Ojek di Indonesia. Ramai orang fikir, Gojek hanya sebuah e-hailing untuk motosikal. Sebenarnya Gojek lebih daripada itu. Gojek ini lebih kurang macam Meituan-Dianping di China, bertindak sebagai Lifestyle App atau e-commerce for services.
Antara service yang Gojek sediakan adalah GoCar (car e-hailing), GoRide (motorcycle e-hailing), GoFood (food delivery) dan GoLifestyle (massage and etc). Setakat ini kita dekat Malaysia ada Grab sebagai super app yang boleh digunakan untuk cari Grab dan order GrabFood. Bila Gojek masuk, ada satu option lagi untuk kita guna seharian. Selain itu jumlah pekerjaan akan bertambah. Banyak option yang akan ada untuk buat income tambahan selain daripada FoodPanda, Grab dan sewaktu dengannya.
Tapi masih ada tak on. Apa yang tak on?
Di kawasan Lembah Klang, persaingan untuk delivery startup sangat sangat sengit sekarang. Apa akan jadi dengan local delivery atau runner startup kalau jerung seperti Gojek masuk ke market Malaysia. Antara local startup yang akan terkesan dengan kehadiran Gojek adalah seperti Matdespatch, BungkusIt, GetRunner, GoLog dan banyak lagi.
Ada di antara startup ini masih lagi merangkak mencari traction, mengembangkan pasaran. Dengan kemasukan Gojek, bilis bilis mesti ada yang akan gulung tikar sebab tak dapat berenang sama laju dengan jerung. Sebut pasal e-hailing motosikal. Dulu dah ada di Malaysia (Dego ride) tapi dengar cerita terpaksa tutup sebab salah disisi undang undang dan katanya tak selamat. Jika Gojek boleh apply e-hailing motor di Malaysia, memang satu ketidakadilan kepada local startup.
Ada lagi bab yang tak on ni.
Kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan startup luar macam Gojek sedangkan banyak local startup yang ada potensi. Jika dapat bantuan serta sokongan daripada kerajaan, saya rasa ada local startup yang boleh pergi jauh dan setanding Grab dan Gojek.
Kita dah kehilangan Grab kepada Singapura. Kerajaan Indonesia dibawah kepimpinan Jokowi memberi sokongan penuh kepada local startup mereka seperti Gojek dan Bukalapak untuk pergi jauh dan terus berkembang. Sebut pasal startup unicorn, Singapura ada Grab, Indonesia ada Gojek, Travelola, Tokopedia dan Bukalapak, Malaysia?
Negara lain berlumba lumba untuk wujudkan startup unicorn mereka sendiri. Negara kita macam mana? Kera dihutan dah pandai cari pisang, anak dirumah banyak yang tengah lapar, tolong tolonglah susukan.
Akhir kata, support lah local startup. Betul, kemasukan Gojek akan membawa banyak peluang pekerjaan berkonsepkan crowdsourcing kepada masyarakat untuk mencari pendapatan tambahan dizaman ekonomi yang tidak menentu.
Bagi saya peluang pekerjaan itu okay tapi ianya lebih kepada memberi “ikan” kepada masyarakat. Kenapa tidak bantu local startup dan jadikan local startup ini sebagai “joran” atau “bot nelayan” untuk meningkatkan ekonomi di negara terutama ekonomi dikalangan anak muda. Percayalah jika banyak local startup diberikan sokongan, banyak peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan tanpa perlu bergantung kepada startup luar.
Khairul Ikhwan Zulkefly
Co-founder GetRunner
(Startup bilis yang baru nak terjun laut)