Tinggal lagi beberapa hari je kita nak menyambut hari raya Aidilfitri. Bagi yang baru saja bekerja, takkan la tak hulur duit raya untuk anak-anak buah dan sepupu yang masih bersekolah.
Maklum saja, tentu ramai yang nak merasa gaji pertama kan? Hiks!
Kalau ada yang last minute nak tukar duit raya, jangn risau. Korang tak boleh tukar sendiri di mesin ATM terpilih dengan mudah.
Ikuti cara yang dikongsi oleh Mohd Shukur di laman Facebooknya.
1. Cari Maybank yang terpilih. Contoh gambar adalah di Maybank Setia Alam ada dua mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru
2. Pilih ATM yang ada signage gambar tiga orang pakai baju Melayu pegang duit (seperti dalam gambar)
3. Semua duit dalam mesin ATM terebut adalah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount
4. Jumlah maksimum bagi setiap pengeluaran ialah RM300. So, kalau korang nak 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali
5. Dah settle. Sampul raya boleh minta daripada orang yang jaga kaunter. Kalau masih ada stok, rezeki korang la.
Daiyan Trisha Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa
Selepas beberapa hari mendapat kecaman di media sosial, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengambil tindakan dengan membatalkan kontraknya dengan beberapa jenama antarabangsa pro-Israel.
Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (31) berkata, dia mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini dan ini semua berlaku atas kerelaan dirinya sendiri.
“Saya nak maklumkan yang saya dah tamatkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama sebelum ini”
“Terima kasih atas teguran. Teruskan perjuangan anda untuk Palestin” – Daiyan
Pelantun lagu Penat ini juga menerima segala teguran dan memandang serius mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Sementara itu, Daiyan enggan mengulas mengenai jumlah kerugian dan penalti yang dikenakan susulan bertindak menamatkan kontrak.
Katanya, perkara itu tidak dapat didedahkan kerana ia melibatkan beberapa jenama berbeza.
Sebelum ini, Daiyan tampil membersihkan namanya selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel. Dia turut menjelaskan bahawa tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.
Daiyan juga berkongsi beberapa tangkap layar resit sumbangan bantuan yang dibuat dan jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baliklah Zahir! Hari-Hari Ibu Menangis dan Hanya Mampu Berdoa
Kisah seorang pelajar darjah dua, Zahirudin yang dilaporkan hilang sejak 15 April lalu memberikan kesan yang yang bukan sedikit di hati ibu ini.
Saban masa, dia hanya mampu menangis dan terus menangis. Doa tidak pernah lekang dari mulutnya meminta agar Allah memelihara keselamatan anak bongsunya dari lima beradik agar selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah taala.
“Saya hanya mampu menangis dan terus menangis. Setiap kali namanya disebut, air mata ini terus mengalir. Saya begitu risaukan keselamatannya. Makankah Zahir? Tidurnya di mana? Selamatkah dirinya? Macam-macam yang saya fikirkan tentang anak saya,”kata Sainih binti Sunding, 46 tahun ketika REMAJA menghubunginya bagi mengetahui berita terkini.
Berita kehilangan pelajar Muhammad Zahiruddin Putra bin Mohd Fauzi yang dilaporkan hilang pada 15 April lalu di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi cukup menyesakkan nafasnya.
Setiap kali terpandang gula-gula dan bunyi loceng aiskrim, hatinya luluh. Itulah makanan kesukaan anaknya.
Berkongsi keadaan terkininya, kata Sainih, selain terus tertanya-tanya bagaimana nasib anaknya, jelas ibu berusia 46 tahun ini juga dia hanya mengharapkan usaha pihak polis dan orang ramai untuk terus membantu mencari anak kecilnya itu.
“Jujurnya saya tak tidur malam. Tak tahu nak cari di mana. Hari tu ada orang kata nampak anak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Tapi saya hairan kenapa orang tak ambil dia dan bawa kepada kami.
“Membaca komen-komen netizen membuatkan hati saya semakin takut. Takut andai jadi apa-apa padanya,” katanya ketika dihubungi. Kata Sainih, dia dan suami terus menunggu perkembangan dari pihak polis dan buat masa ini dia tidak tahu perkembangan terkini.
Saya mimpi dia tertinggal
Mungkin ramai yang bercakap mimpi hanya mainan tidur. Namun jelas Sainih enam bulan sebelum kehilangan Zahir, dia ada bermimpi.
“Dalam mimpi itu, saya pergi ke pekan bersama Zahir menaiki bas. Kami siap membeli belah. Selepas itu kami naik bas semula tapi dalam mimpi itu Zahir tidak naik. Hinggalah bas bergerak dan saya kemudian meminta pemandu bas berpatah balik untuk mengambil Zahir. Bila tiba di situ, Zahir tiada dan saya terus mencari-carinya,” katanya lagi.
Malah pada hari kejadian anaknya itu hilang, kata Sainih, dia yang sedang bekerja sebagai cleaner sempat menelefon anak perempuannya agar ditengok-tengokkan adik.
“Ketika itu hujan dan seolah mahu ribut. Hati saya rasa tak tenang. Saya hubungi anak dan suruh tengok Zahir. Dia kata iya. Setengah jam kemudian saya mesej lagi tanya adik dah balik belum tapi anak tak respon whatsapp tersebut.
“Sampailah ke petang bila balik dari kerja, tahu-tahu anak tak balik-balik. Hal yang merisaukan hati saya ialah bagaimana keadaannya,” katanya yang amat merindui anaknya itu. Amat rapat dan manja dengannnya kata Sainih, dia kini buntu dan mengharapkan doa dan bantuan orang ramai agar anaknya ditemui segera.
Zahiruddin kali terakhir memakai baju kemeja-T berwarna hitam dan seluar Panjang berwarna biru dan inilah kali pertama kejadian sebegini berlaku. Kehilangan kanak-kanak ini turut dihebahkan melalui Nur Alert
Bagi korang yang ada info tentang adik Zahir, ada terjumpanya di mana-mana, bawalah dia ke balai polis berhampiran. Bantulah keluarga ini demi menghilangkan kegusaran di hati mereka yang terus menantikan sebuah jawapan.
Kreatif! Selain Kostum ‘Nasi Lemak’ Viral, Pereka Fesyen Samantha Katie James Ada Banyak Lagi Idea
Saban tahun, kostum nasional wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe pasti akan mencuri tumpuan rakyat Malaysia.
Jika korang masih ingat beberapa kostum yang disarungkan oleh wakil Malaysia, masing-masing mempunyai identiti berbeza beberapa tahun kebelakangan ini.
Antara yang masih segar di ingatan adalah kostum KLCC (rekaan Rizman Ruzaini untuk Kiran Jassal), kostum bangau perahu (rekaan Saleh Hamid untuk Jane Teoh) dan terbaru, kostum meja makan Peranakan yang ‘hampir’ memenangi kategori kostum nasional terbaik pada tahun ini (rekaan Carven Ong untuk Shweta Sekhon).
ARTIKEL BERKAITAN : Kekeliruan Mega, Siapa Yang Menang Kostum Terbaik – Malaysia Atau Filipina?
Bercakap mengenai kostum nasional, siapa yang dapat melupakan kuasa viraliti yang dicipta oleh kostum ‘nasi lemak’ yang disarungkan oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James?
Tidak, penulis bukan ingin bercerita mengenai kontroversi yang sedang melandan Samantha berikutan kenyataan peribadinya yang berbaur perkauman.
BACA DI SINI : Foto Samantha Masih Terpampang Di Laman Web Rasmi, Ramai Bantah
Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah idea menarik yang dicetuskan oleh pereka fesyen kostum tersebut iaitu Brian Khoo.
Menerusi perkongsian yang sempat kami ikuti secara live di Instagram tidak lama lalu, Samantha dan Brian saling mengingati semula detik mereka berdua berkolaborasi untuk menghasilkan kostum nasi lemak tersebut.
Menurut Brian, sebaik saja mendapat berita gembira bahawa jenamanya diberikan tanggungjawab untuk wakil Miss Universe Malaysia 2017, dia terus melakar beberapa idea berlainan untuk memberikan impak semasa Samantha bertanding di Amerika Syarikat, pada tahun itu.
Jom lihat di antara rekaan yang telah dilakar oleh Brian:
1 Lakaran asal kostum Nasi Lemak & hasilnya.
2 Lakaran kostum Nasi Lemak dengan potongan jumpsuit dan timun sebagai aksesori kipas
3 Lakaran kostum Meja Peranakan Baba Nyonya. Deja Vu?
4 Dua lakaran kostum Bunga Raya yang diinspirasikan daripada kelopak bunga. Menurut Brian, walaupun idea ini cantik tetapi banyak negara lain yang telah menghasilkan kostum berdasarkan bunga kebangsaan negara mereka.
5 Lakaran kostum campuran alat permainan tradisional seperti congkak, gasing dan wau bulan, with a whip!
6 Lakaran kostum Teh Tarik dengan tosai untuk membaluti tubuh sebagai dress
7 Lakaran kostum Mi Udang dengan menggunakan chopstick sebagai aksesori kepala
8 Lakaran kostum sate yang mempunyai daun pengipas sebagai skirt dan dapur arang sebagai ‘wing’ di bahagian belakang
*
Menarik kan!
Dalam banyak-banyak lakaran ini, yang masa satu adalah kegemaran korang?