Tinggal lagi beberapa hari je kita nak menyambut hari raya Aidilfitri. Bagi yang baru saja bekerja, takkan la tak hulur duit raya untuk anak-anak buah dan sepupu yang masih bersekolah.
Maklum saja, tentu ramai yang nak merasa gaji pertama kan? Hiks!
Kalau ada yang last minute nak tukar duit raya, jangn risau. Korang tak boleh tukar sendiri di mesin ATM terpilih dengan mudah.
Ikuti cara yang dikongsi oleh Mohd Shukur di laman Facebooknya.
1. Cari Maybank yang terpilih. Contoh gambar adalah di Maybank Setia Alam ada dua mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru
2. Pilih ATM yang ada signage gambar tiga orang pakai baju Melayu pegang duit (seperti dalam gambar)
3. Semua duit dalam mesin ATM terebut adalah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount
4. Jumlah maksimum bagi setiap pengeluaran ialah RM300. So
, kalau korang nak 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali5. Dah settle. Sampul raya boleh minta daripada orang yang jaga kaunter. Kalau masih ada stok, rezeki korang la.