Dan kebanyakan teknik baru itu memerlukan seseorang untuk membeli produk solekan baru.
Kalaulah setiap minggu kena beli produk baru, kering poket penulis pada setiap bulan..
Namun, dengan beberapa teknik K-Beauty yang dikongsikan oleh Nadiyah Shahab ini, korang tak memerlukan produk baru pun mencuba 4 rahsia solekan K-Beauty ini.
Nadiyah yang juga merupakan pengacara jemputan rancangan Get It Beauty On The Road musim kedua telah mempelajari sedikit-sebanyak tip daripada pengacara tetapnya, Kim Ki-soo dan Kim Jung-min.
Why not korang cuba 4 teknik ini.
Ubah Arah Semasa Gunakan Highlighter
Selalunya kita menyapu highlighter daripada hujung cheek bones (buah pipi) ke bahagian tengan pipi untuk mendapatkan efek sinar.
Namun, Kim Ki-soo menyarankan korang mengubah arah tersebut dari bahagian pipi (selari dengan inner corner mata) ke atas cheek bones. Ia membuatkan pipi lebih menonjol semasa cahaya menerangi highlighter. Malah rahang juga kelihatan lebih runcing.
Ubah Teknik Highlighter Pada Hidung
Yes, highlighter is your new best friend.
Selalunya kita melihat jurusolek menyapu highlighter di sepanjang batang hidung, kan? Well, teknik tersebut sebenarnya tak sesuai dengan semua bentuk wajah memandangkan muka korang boleh kelihatan lebih matang serta lonjong.
Hanya sapukan highlighter
pada hujung hidung (nose tip) untuk memberikan efek hidung mancung secara natural. Hanya 1 dot saja, tak perlu sepanjang hidung.
Cuba Gantikan Toner Dengan..
Toner adalah langkah wajib bagi kebanyakan orang selepas mandi. Namun, jurusolek K-Beauty ingin korang gantikan penggunaan toner dengan losyen muka terutamanya jika korang mempunyai masalah kulit wajah kering
Ini kerana toner mengandungi alkohol yang mengeringkan lagi kulit. Losyen, on the other hand, menambah hidrasi kulit wajah jika digabungkan dengan moisturizer. Tambahan pula dengan keadaan cuaca Malaysia yang hangat dan kehadiran bulan Ramadan, tip ini amat bersesuaian dengan kita.
Losyen wajah yang mereka gunakan adalah dari jenis essence kerana ia bersifat lebih ‘ringan’ dan tak berminyak.
Get Creative With Eyeshadow
Seperkara lagi, Nadiyah kini gemar melukis segitiga kecil pada bahagian bawah hidung dengan menggunakan eyeshadow
berwarna coklat gelap juga bagi mendapatkan efek mancung.Jadi, korang tak wajib pun membeli produk baru.
Kebanyakan sudah sedia ada di dalam makeup-kit masing-masing. Cuma perlu ubah cara penggunaannya saja.
Untuk mendapatkan lebih banyak tip baru daripada jurusolek Kim Ki-soo dan hos Kim Jung-min, korang boleh menonton musim kedua Get It Beauty On The Road bermula 27 Mei 2019 (saluran Astro Ria 104, jam 11 malam) dan 31 Mei 2019 (saluran tvN Asia, jam 8 malam),