Siapa tak nak bentuk wajah berseri, anjal, cengkung dan tirus ala ahli kumpulan Blackpink Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa. Jangan risau, korang masih boleh diselamatkan walaupun berwajah gemuk dan tembam.
Gunakan beberapa ‘trik’ dari bintang Korea ini untuk menjadikan wajah mereka lebih runcing.
Anting-anting bersaiz besar/Dangling Earring
Anting-anting bersaiz besar dan panjang boleh membuatkan bentuk muka si pemakai kecil. Hal ini kerana anting-anting menarik perhatian dan memberikan penampilan rahang yang lebih tajam dan leher lebih tinggi.
Aksesori Rambut
Aksesori rambut seperti cekak atau hairclip mampu memberi tumpuan kepada seseorang, apatah lagi jika anda memakai aksesori yang bold, contoh pada Bae Suzy. Bahkan aksesori juga membantu si pemakai kelihatan lebih muda dan segar.
Kaca Mata
Tahukah anda bahawa kaca mata yang bersaiz besar mampu membuatkan muka anda kelihatan lebih kecil daripada biasa. Tapi pastikan anda mendapatkan saiz yang betul mengikut bentuk muka. Cat-eye, bersegi dan kaca mata bulat adalah pilihan selebriti Korea, bentuk ini mempuyai kesan pelangsingan untuk si pemakai.
Bucket Hat
Satu lagi cara mereka ialah mengenakan bucket hat. Katanya bucket hat mampu memberi ilusi kecil pada wajah si pemakai. Semakin besar saiz topi semakin kecil wajah anda kelihatan. Mereka yang mempunyai muka yang lebih panjang harus memakai topi yang lebih kecil, walaupun dengan fedora.
Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.
5 Jenis Tabiat Makan Yang Gambarkan Personaliti Korang
Makan itu satu nikmat. Percayalah ia merupakan satu kurniaan yang perlu kita hargai. Tapi dalam korang syok makan janganlah sampai memudaratkan kesihatan.
Makanlah dengan cara sihat dan juga lebihkan mengambil makanan sihat. Setiap orang ada pelbagai cara berbeza ketika makan. Dan tahukah korang bahawa cara, tabiat dan kecenderungan makan ini sebenarnya banyak menceritakan tentang karakter diri seseorang.
REMAJA ingin kongsi 5 cara makan yang selalu kita boleh perhatikan dan adakah ia benar-benar sama dengan karakter yang diterangkan di bawah!
PERLAHAN
Ada setengah orang dia lebih selesa ambil masa untuk makan. Gaya makan pun lemah lembut dan penuh sopan. Orang yang suka makan dengan cara perlahan merupakan seseoran yang tidak suka dengan situasi terkejar-kejar atau kalut. Korang juga seorang yang hargai momen semasa. Jika bekerja korang lebih senang buat kerja dengan teliti walaupun ambil masa sedikit lama. Dalam hubungan cinta pula korang akan hargai pasangan seadanya. Namun di sebalik semua itu korang seorang yang sangat degil dan tidak suka kepada seseorang yang ingin ubah rutin harian.
LAJU
Orang yang makan laju ini kadangkala dilihat sebagai pelahap. Hakikatnya korang bukanlah pelahap sangat cuma cara makan itu lebih cepat berbanding daripada orang lain. Orang yang makan cepat ini seseorang yang ingin menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dengan pantas. Malah korang juga seorang yang boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa. Senang cerita seorang yang multi-tasking. Dalam hubungan pula korang selalu mendahulukan orang yang disayangi. Tapi kadangkala boleh memakan diri disebabkan terlalu banyak berkorban.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 WAKTU TERBANGUN TIDUR INI BOLEH GAMBARKAN PERSONALITI KAMU
SUKA MENCUBA
Bak kata orang, tolak batu dan kayu sahaja yang lain semua korang makan. Sifat berani mencuba ini menjadikan korang sentiasa terbuka untuk makan apa jenis masakan, juadah dan juga hidangan. Dalam hubungan korang tak suka komplen dan mengeluh kerana akan ada sahaja idea untuk jadikan situasi lebih fun. Dan dengan sikap terbuka inilah juga membuatkan ramai orang senang dengan korang. Keep it up!
JANGAN SENTUH
Setiap orang ada pantang larang tersendiri ketika makan. Mungkin sesetengah orang boleh berkongsi makan dalam satu bekas atau pinggan. Tapi tidak sekali bagi korang. Amat pantang sekali orang sentuh makanan yang korang rasa ia eksklusif milik korang. Sifat begini membuatkan korang lebih tertur dan suka dengan keadaan bersih. Di tempat kerja mungkin meja korang adalah yang paling kemas sekali. Namun keburukannya korang akan sentiasa stres dengan perkara yang tidak ikut dengan cara sendiri mahupun dalam hubungan cinta.
POTONG KECIL
Ini pula cara makan yang agak jarang kita jumpa. Korang yang suka makan begini biasanya suka asingkan lauk-pauk di tempat berbeza dan memotongnya menjadi keping-keping halus. Bagi korang dengan cara begini ia akan jadi lebih senang untuk di makan. Personaliti korang adalah seorang yang tegas dan forward thinker. Di kampus atau tempat kerja pula korang seorang yang sentiasa kerja keras dengan cara tersendiri. Untuk hubungan romantis pula korang sentiasa mencari sebuah hubungan serius untuk jangka masa yang lama. Korang tak suka hubungan yang main-main dengan ia hanya buang masa.
Masih Pereka Fesyen Kulit Hitam, LV Lantik Pharrell Williams Ganti Virgil Abloh
Jenama terkemuka dunia, Louis Vuitton akhirnya mengantikan ‘tempat’ Virgil Abloh berikutan pemergian mendiang 16 bulan lalu.
Posisi penting itu akhirnya diberikan kepada Pharrell Williams, seorang penerbit muzik yang juga mempunyai rekod prestasi sebagai pereka fesyen dan ahli perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN : Kematian Pengasas Jenama Off-White, VIRGIL ABLOH Kejutkan Pereka Fesyen
Louis Vuitton mengumumkan pelantikan Pharrell Williams melalui Instagram pada Hari Valentine, Selasa (14/2/2023). Sejarah berulang, orang di sebalik kejayaan hits ‘Happy’ adalah pereka kulit hitam kedua dari AS yang menduduki jawatan berprestij ini.
Virgil Abloh memecahkan rekod ini apabila dia menyertai Louis Vuitton pada Mac 2018. Kedua-dua mereka juga mempunyai persamaan sebagai individu yang mempunyai pelbagai bakat. Seperti Pharrell, Virgil yang memiliki ijazah dalam bidang seni bina juga dikenali sebagai pemuzik dan DJ.
Pharrell Williams tidak asing dengan rumah fesyen Perancis yang sudah berusia 169 tahun itu. Dia dan Louis Vuitton telah bekerjasama beberapa kali sejak 2008. Cermin mata beliau telah dibuat semula oleh Virgil untuk koleksi pada 2018.
LVMH, syarikat induk yang menempatkan Louis Vuitton, Dior dan Givenchy, juga telah bekerjasama dengan lelaki berusia 49 tahun itu untuk projek jenama lain. Salah seorang daripada mereka ialah Tiffany & Co. yang menghasilkan sepasang cermin mata bertatah berlian.
Memulakan kerjayanya dalam industri hiburan tiga dekad yang lalu, Pharrell Williams mencuba nasib sebagai pereka dengan melancarkan jenama pakaian jalanan Billionaire Boys Club dan Ice Cream pada tahun 2003. Dia mengasaskannya bersama pereka Jepun Nigo yang kini mengetuai pasukan reka bentuk Kenzo, juga dimiliki oleh LVMH.
Orang Terpengaruh Dalam Industri
Status Pharrell sebagai orang yang berpengaruh dalam industri fesyen semakin diiktiraf apabila Chanel melantiknya sebagai duta jenama pada 2019. Dia menjadi lelaki pertama menerima kepercayaan ini. Pada Oktober 2022, Chanel mengumumkan bahawa kerjasamanya dengan pemilik 13 trofi Grammy sedang dilanjutkan.
Dengan sejarah kerjaya Pharrell, kehadirannya mengesahkan kedudukan Louis Vuitton untuk kekal relevan dengan trend yang masih didominasi oleh estetika bandar. Sebelum nama itu diumumkan, beberapa nama pereka lain muncul seperti Martine Rose, Grace Wales Bonner, Samuel Ross, dan Colm Dillane (pengasas label KidSuper yang telah bekerjasama dengan Louis Vuitton baru-baru ini)
“Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan kembali Pharrell, selepas kerjasama kami pada 2004 dan 2008 untuk Louis Vuitton, kini sebagai Pengarah Kreatif Pakaian Lelaki yang baharu. Visi kreatifnya melangkaui fesyen sudah pasti akan membawa Louis Vuitton ke lembaran baharu yang lebih menarik,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton Pietro Beccari.
Koleksi sulung Pharrell Williams untuk Louis Vuitton akan memasuki pentas di Pakaian Lelaki edisi Musim Bunga/Musim Panas 2024 Minggu Fesyen Paris pada bulan Jun.
Pelantikan Pharrell juga menandakan langkah pertama Pietro sebagai CEO Louis Vuitton yang baru dilantik selepas berpindah dari Dior. Tahun lepas, LVMH mencatatkan jualan tertinggi sebanyak 79 bilion euro, dengan keuntungan 21 bilion euro, meningkat 23 peratus. Pemiliknya, Bernard Arnault, segera naik ke kedudukan pertama orang terkaya di dunia, mengubah Elon Musk.
Congrats Pharrell!
BACA LAGI : 10 Rekaan Sneakers Kolaboratif Terbaik Rekaan VIRGIL ABLOH
BACA LAGI :Elon Musk Manusia Paling Rugi Di Dunia, ‘Hilang’ RM881 Billion Tahun Lepas
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Peminat Pandora & Marvel Assemble! Edisi Collectors Terbaru Ini Memang Wow
Sebut saja nama Avengers mahupun Marvel, pastinya ramai akan mengerumuni untuk mendapat tahu perkembangan terbaru mengenai jenama perfileman dan komik ikonik itu.
Kini buat julung kalinya, jenama aksesori kegemaran ramai Pandora Malaysia (Pandora) telahpun melancarkan koleksi collector’s edition MARVEL x Pandora. Diinspirasikan oleh hero-hero ikonik Marvel, koleksi ini pastiya tidak boleh dilepaskan oleh peminat tegarnya.
REMAJA yang berkesempatan mengikuti pelancarannya di Genting SkyAvenue baru-baru ini telah melihat sendiri koleksi berkenaan secara lebih dekat lagi bersama-sama Pengerusi Eksekutif HABIB Group dan PANDORA Malaysia & Brunei Darussalam; Dato’ Sri Meer HABIB.
Ulasnya mengenai kolaborasi ini, ia merupakan sesuatu yang istimewa buatnya memandangkan negara baru saja berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun. Kita sewajarnya meraikan hero-hero tempatan yang telah berhempas-pulas berjuang untuk masyarakat baik dari sektor perubatan, perkhidmatan, penghantaran dan banyak lagi yang berdedikasi serta tidak kenal erti putus asa. Bagi Dato’ Sri Meer, mereka inilah superhero Malaysia.
Bercakap mengenai koleksi MARVEL x Pandora ini, ia menawarkan beberapa jenis aksesori mengikut keinginan pembeli DAN karakter kegemaran mereka.
Karakter Iron Man, The Incredible Hulk, Black Widow dan Black Panther hadir sebagai charm berbentuk figura itu.
Manakala karakter lain seperti Thor, Thanos dan Captain America pula diwakili charm objek ikonik masing-masing seperti tukul, shield dan gauntlet.
Turut menarik perhatian kami adalah cincin dan charm Infinity Stones serta gelang berlogo Avengers.
Paling menarik bagi REMAJA adalah charm Iron Man Arc Reactor berwarna biru. Biarpun sekilas pandang ia kelihatan ringkas namun di sebaliknya tertera tulisan ‘I Love You 3000’ yang merupakan ayat ikonik dari filem Avengers Endgame.
What a perfect gift for your loved ones!
Koleksi MARVEL x Pandora kini boleh didapati di kesemua butik Pandora dan secara atas talian DI SINI.
P.S: Tapi di mana Spider Man kami..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.