4 Trik Muka Bulat Jadi Runcing Dengan Sekelip Mata Ikut Gaya K-POP

Share

Siapa tak nak bentuk wajah berseri, anjal, cengkung dan tirus ala ahli kumpulan Blackpink Jisoo, Jennie, Rosé, dan  Lisa. Jangan risau, korang masih boleh diselamatkan walaupun berwajah gemuk dan tembam.

Gunakan beberapa ‘trik’ dari bintang Korea ini untuk menjadikan wajah mereka lebih runcing.

Anting-anting bersaiz besar/Dangling Earring


Anting-anting bersaiz besar dan panjang boleh membuatkan bentuk muka si pemakai kecil. Hal ini kerana anting-anting menarik perhatian dan memberikan penampilan rahang yang lebih tajam dan leher lebih tinggi.

Aksesori Rambut


Aksesori rambut seperti cekak atau hairclip mampu memberi tumpuan kepada seseorang, apatah lagi jika anda memakai aksesori yang bold, contoh pada Bae Suzy. Bahkan aksesori juga membantu si pemakai kelihatan lebih muda dan segar.

Kaca Mata


Tahukah anda bahawa kaca mata yang bersaiz besar mampu membuatkan muka anda kelihatan lebih kecil daripada biasa. Tapi pastikan anda mendapatkan saiz yang betul mengikut bentuk muka. Cat-eye, bersegi dan kaca mata bulat adalah pilihan selebriti Korea, bentuk ini mempuyai kesan pelangsingan untuk si pemakai.

Bucket Hat


Satu lagi cara mereka ialah mengenakan bucket hat. Katanya bucket hat mampu memberi ilusi kecil pada wajah si pemakai. Semakin besar saiz topi semakin kecil wajah anda kelihatan. Mereka yang mempunyai muka yang lebih panjang harus memakai topi yang lebih kecil, walaupun dengan fedora.

Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.

Published by
Nana