Pertandingan Miss Universe yang telah diasaskan sejak tahun 1952 merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang didedikasikan untuk individu yang dilahirkan sebagai wanita secara semulajadi. Itu merupakan salah satu syarat yang ditetapkan sejak dahulu lagi.
Namun begitu terdapat beberapa peristiwa yang mana wanita transgender turut menyertai pertandingan ini setelah beberapa organisasi negara masing-masing mula mengiktiraf kebersamaan mereka bersama peserta wanita yang lain.
Bukan semua organisasi tempatan yang memegang lesen Miss universe terbuka dengan penyertaan peserta transgender. Setakat ini hanya seorang sahaja wanita transgender pernah memenangi pertandingan Miss Universe peringkat kebangsaan dan sekaligus berpeluang mewakili negaranya.
Jom kita lihat empat wanita transgender ini yang against all odds
berdiri sama dengan wanita semula jadi yang lain untuk mendapatkan mahkota yang diidamkan.ANGELA PONCE – MISS UNIVERSE SEPANYOL
Kemenangan Angela Ponce di pertandingan Miss Universe Sepanyol menjadikan dia sebagai wanita transgender pertama pernah memenangi gelaran Miss Universe peringkat kebangsaan.
Seiring dengan kemenanganya itu, di mendapat hak mewakili Sepanyol di pentas Miss Universe 2018. Walaupun begitu dia tidak berjaya mara untuk bergelar semi-finalis di pertandingan tersebut.
BACA JUGA: Tashnuva Anan Shishir, Pembaca Berita Transgender Pertama Bangladesh
KATALUNA ENRIQUEZ – MISS UNIVERSE USA
Model dan pereka fesyen ini merupakan memilki darah Filipina dan Amerika Syarikat. Dia berjaya memenangi gelaran Miss USA Nevada 2021 sekaligus mewakili negeri itu diperingkat kebangsaan. Walaupun dia diramal sebagai peserta yang bakal menyerlah, namun dia gagal melangkah ke peringkat separuh akhir dan terlepas peluang untuk bergelar Miss Universe USA 2021.
LEHLOGONOLO MACHABA – MISS UNIVERSE AFRIKA SELATAN
Wanita transgender berusia 24 tahun ini mencipta sejarah tersendiri apabila dia menjadi wanita transgender pertama yang layak menyertai pertandingan Miss Universe Afrika Selatan 2021.
Walaupun begitu, perjalanannya sekadar di peringkat top 30 sahaja apabila dia gagal untuk menempatkan diri sebagai peserta top 18 sekaligus hilang peluang untuk tampil di pentas akhir Miss Universe Afrika Selatan.
BACA JUGA: Dilema & Penerimaan Golongan Transgender Di Malaysia
JENNA TALACKOVA – MISS UNIVERSE KANADA
Jenna merupakan antara wanita transgender pertama yang mencetus kontroversi apabila dia cuba menyertai pertandingan Miss Universe Kanada 2012. Dia berjaya menjadi peserta yang disenarai panjang untuk menyertai pertandingan tersebut namun menjadi kontroversi apabila mereka mendapati dia seorang transgender.
Dia digugurkan dari pertandingan itu. Namun begitu dia mencabar keputusan tersebut di mahkamah dan akhirnay dibenarkan bertanding. Dia berjaya mara menjadi barisan top 12 namun gagal menempatkan diri sebagai peserta top 5.
Apa kata anda? Adakah wanita transgender boleh bersaing bersama-sama wanita semula jadi ataupun tidak?
Sebenarnya, ada satu pertandingan yang dinamakan Miss International Queen yang mana pertandingan ini khusus diadakan untuk wanita transgender. Wakil-wakil dari seluruh dunia akan merebut gelaran ini yang setiap tahun akan diadakan di Thailand.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.