Adakah ia akan mengembalikan fenomena plot drama asalnya ataupun program realiti spin-off ini hanyalah sekadar ‘filler’ sebelum musim kedua hadir?
Well, kita sama-sama kenalah nantikan 22 November ini bagi kemunculan program realiti terbesar dari Korea Selatan, Squid Game: The Challenge.
Netflix hari ini memperolehi kata putus untuk menyiarkan program realiti tersebut yangg diinspirasi daripada drama Squid Game.
Biarpun ia tidak menyentuh soal hidup mati seperti mana yang ditunjukkan dalam drama itu, seramai 456 peserta dari seluruh dunia masih berhempas pulas untuk mara ke pusingan-pusingan seterusnya memandangkan produksi ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai USD4.56 JUTA!
Ya, memang mantap hadiah yang menanti juara bertuahnya. Ia juga disahkan sebagai hadiah paling lumayan pernah ditawarkan dalam mana-mana program realiti di mana-mana negara.
Bagi yang terkandas di setiap pusingan pula, mereka tidaklah akan ditembak mati seperti mana dalam drama Squid Game. Sebaliknya, mereka hanya akan dihantar pulang dengan tangan kosong.
Disebabkan itulah, masing-masing dapat dilihat cuba mengatasi ketakutan dalam diri dan sanggup berbuat apa shaaa menerusi iklan acah (teaser) yang dipaparkan hari ini. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa permainan baharu yang diperkenalkan oleh produksi.
Adakah ini sebahagian daripada hint kepada drama Squid Game musim kedua? Hehe..nantikan!
Squid Game: The Challenge bakal disiarkan pada 22 November 2023 dan REMAJA percaya, akan ada lebih banyak iklan acah yang menunggu penonton sebelum ia keudara kelak.
P.S: Agak-agak, ada tak peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai program realiti ini?
ARTIKEL BERKAITAN: 4.6 Juta Gaji Satu Episod, Bintang ‘Squid Game’ Lee Jung-jae Bakal Jadi Pelakon Netflix Dengan Bayaran Tertinggi! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.