Khabar baik untuk seluruh rakyat Malaysia yang masih bersekolah, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi 2024/2025 akan diagihkan bermula 13 Januari, Isnin ini.

Pada masa sama, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan bermula 16 Februari ini. Seterusnya, agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.

5.2 Juta Pelajar Bakal Menerima Bantuan Awal Persekolahan RM150 Bermula 13 Januari 5.2 Juta Pelajar Bakal Menerima Bantuan Awal Persekolahan RM150 Bermula 13 Januari

Ads

Dalam pada itu, menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini, beberapa kaedah agihan BAP kepada murid akan dilakukan termasuk oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah).

Selain itu, cara kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa yang akan dilaksanakan bermula tahun ini.

Ads

Bagi tahun 2025, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid.

5.2 Juta Pelajar Bakal Menerima Bantuan Awal Persekolahan RM150 Bermula 13 Januari
Kredit: Bernama

Inisiatif ini juga adalah untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.

Ads

Terdahulu, menerusi pembentangan belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang disediakan dengan peruntukan sebanyak RM5.3 bilion.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI