5.5 Juta Rakyat Malaysia Alami Obesiti, Negeri Mana Paling Ramai?

Share

Ini mungkin fakta tidak menyenangkan tetapi berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan  bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati seramai 5.5 juta penduduk Malaysia memiliki masalah kegemukan (obesity) dan jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

5 tahun lalu, disenaraikan negara ini memiliki seramai 8.5 juta orang memiliki berat badan berlebihan dan 4.4 juta darinya mengalami masalah obes. Tetapi terkini, jumlah mereka yang obes sudah meningkat kepada 5.5 juta sekaligus mencatatkan budaya yang membimbangkan terutama dari aspek menjaga kesihatan  di kalangan rakyat negara ini.

Menteri Kesihatan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan akhbarnya mengakui agak bimbang dengan perkembangan itu memberitahu,  masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan berlebihan yang diburukkan lagi dengan kecenderungan kepada makanan manis.

Banyak masalah kesihatan boleh berlaku bila miliki berat badan berlebihan…

 

 

Kalau bayi sekecil ini dengan masalah berat badan, ia masih dianggap cute dan disukai ramai

Beliau berkata, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dengan cara hidup golongan muda yang menghabiskan banyak masa mengadap telefon, tv, bersembang di kedai kopi tanpa banyak melakukan aktiviti lain, masalah berat badan ini juga berkait rapat dengan gaya hidup yang kurang sihat kerana sudah kurang bersenam.

Apa yang harus diketahui di sebalik masalah berat badan.

Mati Awal (disebabkan oleh penyakit)

Diabetes
Serangan jantung
Strok
Gangren
Tekanan darah tinggi
Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

Sindrom apnea tidur (tidur berdengkur, mudah penat dan tidak berkualiti).
Masalah pernafasan.

Cuba check, negeri yang korang duduki sekarang ini berada dalam list nombor berapa? Masa yang sama, jalani hidup sihat dengan mengamalkan senaman kerana ia mampu mengurangkan risiko masalah penyakit.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros