5 Atlet Dunia Jadi Model, Sesuai La Dengan Wajah Helok Mereka Tu

Share

Dah menjadi lumrah manusia yang punya rupa paras menarik bila banyak peluang terbuka luas untuk mereka memasuki bidang peragaan.

Bukan hanya selebriti boleh menjadi model terkenal, tak terkejut juga kami bila melihat seorang atlet di pentas runaway.

Berikut merupakan senarai lima atlet dunia yang bukan saja hebat dia pentas sukan, namun tak kurang hebatnya beraksi sebagai seorang model.

1. Fredrik Ljungberg

Walaupun sudah berusia 40 tahun, tapi bintang bola sepak yang berasal dari Sweden ini masih laku untuk menjadi wajah iklan jenama-jenama terkenal seperti Nike, Procter & Gamble, L’Oreal, Puma, Beats, ESPN dan Pepsi. Tengok gaya pun masih seksi kan?

2. Hidetoshi Nakata

Andrea Tenerani yang merupakan photographer untuk GQ di Itali berkata,”Nakata adalah sempurna seperti seorang model dan dia sangat obses tentang fesyen.”

Mana taknya, memiliki fizikal yang tinggi, kacak dan berbadan sasa sudah pasti menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana.

Perghh..

3. Christian Sprenger

Perenang dari Australia yang hebat dalam stail breaststroke ini sudah pun bersara tetapi juara Olimpik ini telah berkolaborasi dalam kempen pakaian dalam lelaki di Australia.

4. Thom Evans

Pemain ragbi yang berusia 32 tahun ini berasal dari Zimbabwe dan pernah menjadi model untuk D. Hedral dan duta bagi minuman Coca Cola.

5. Cristiano Ronaldo

Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. Bukan hanya terkenal dengan aksi hebatnya di padang, Ronaldo juga meraih pendapatan yang banyak dengan menjadi duta serta model jenama terkenal dunia seperti Nike, Sacoor dan mempunyai produk jenamanya sendiri.

Percaya atau tidak, satu posting IG review di laman instagramnya bernilai AS$400,000 bersamaan RM1.68 juta. Ha, berani ke tak pengusaha online nak bintang bola sepak Portugal ni review produk mereka? Hehe..

 

Published by
Noor Ain Norman