Makcik-makcik bawang di luar sana sila jangan cemburu, ya!
Pakaian termahal di dunia? Memang ada ke? Tak dapat dinafikan, seiring perkembangan zaman, semakin banyak pakaian yang diciptakan oleh para pereka dari yang murah hingga mahal. Harganya bergantung dari kualiti dan gayanya.
Ya, semakin bagus materialnya maka harga yang ditawarkan pun akan semakin mahal. Malah mahalnya seolah-olah seperti tak masuk akal, ada yang harganya sama dengan kereta mewah Lamborghini.
Berikut lima brand termahal di dunia yang harganya dijamin akan buatkan korang tertelan air liur.
1. Dior
Backstage at Dior Haute Couture Spring Summer 2020.
Christian Dior mengasaskan jenama ini pada tahun 1946, dan sejak itu, ia telah menjadi nama yang terkemuka di pasaran untuk pakaian couture panas dengan pelanggan yang terdiri daripada hartawan perniagaan, bintang filem dan banyak lagi. Antara barangan mewah yang jenama Perancis ini tawarkan termasuk dress ekslusif, alat solekan, wangian, aksesori dan lain-lain.
2. Gucci
Salah satu jenama mewah terkemuka Itali, Gucci telah menjadi pengeluar utama beg, kasut dan banyak lagi sejak pelancarannya. Ia mempunyai banyak pesaing dalam pasaran, tetapi barangan berkualiti tinggi yang mereka tawarkan menjadikan pelanggan tetap setia dengan label ini.
3. Chanel
Diasaskan oleh Coco Chanel pada tahun 1909, jenama ini sentiasa mempunyai koleksi unik aksesori fesyen dengan gaya paten yang tidak pernah meniru jenama lain atau berusaha keras untuk bersaing dengan mereka, sama seperti gaya tersendiri oleh pengasasnya sendiri. Chanel menjadi salah satu jenama paling popular di seluruh dunia dengan semua gadis-gadis muda berharap untuk memiliki salah satu beg tangan mereka sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
4. Prada
Filem “The Devil Wears Prada” menunjukkan kehidupan sebenar mereka yang mementingkan fesyen, dan memberitahu kita bahawa fesyen adalah lebih daripada hanya sekadar meliputi badan anda dengan pakaian. Walaupun filem itu tidak mempunyai banyak kaitan dengan Prada, namun Prada adalah label yang memegang prinsip tersebut — sentiasa mempunyai pakaian dan aksesori yang ringkas namun bergaya. Tidak perlu diperkatakan lagi, pendekatan daripada jenama ini yang menjadikannya popular dalam kalangan ramai selebriti terkenal.
5. Bawal Exclusive
Dengar sahaja tudung jenama Bawal Exclusive, memang sudah boleh dijangka, pasti ada di antara rekaan istimewanya yang boleh mencecah sehingga ribuan Ringgit!
Terbaru, tudung dengan tatahan lebih 7,200 batu swarovski pelbagai saiz dan warna yang turut mendapat pengiktirafan tudung termahal di dunia oleh Malaysia Book Of Records.
Pengasas Bawal Exclusive Haliza Maysuri.
Manakan tidak, tudung-tudung bawal yang direka itu merupakan tempahan khas dan harga tudung berkenaan adalah bergantung kepada tampalan batu Swarovski tulen menjadikan jenama Bawal Exclusive (BE) antara jenama tudung yang mewah dan eksklusif di Malaysia, sesuai dengan namanya.
Tidak mahu kalah dengan tahun-tahun sebelumnya, BE sekali lagi mencetuskan fenomena selepas mengumumkan harga rekaan tudung terbarunya yang paling mahal didunia yang pernah dihasilkan yang bernilai RM100,000! Wow….
Bangga sekejap bila ada anak Malaysia yang mempunyai barang atau item termahal didunia ni.