5 Bulan Berahsia, Yana Alyahya Umum Hamil Putera Sulung

Share

Pelakon karya terkenal Mukhsin, Yana Alyahya, akhirnya mengumumkan kehamilan bayi pertamanya, selepas lima bulan berahsia kepada umum.

Menurut Yana, dia dan suami tercinta, Jad Hanif Jimmy, menzahirkan rasa teruja bagi menyambut putera sulungnya itu.

“Selepas menanti lima bulan, kami teruja untuk mengumumkan yang kami sedang menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.

“la merupakan satu perjalanan yang penuh ‘ups and downs’ dan perjalanan kita sebagai ibu bapa jauh lagi tapi kami teruja untuk menantikan si kecil ini,” tulisnya di Instagram.

Di samping itu, adik kepada pelakon terkenal, Sharifah Amani itu juga  memohon doa orang ramai agar bayi mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

ARTIKEL BERKAITAN: #SiblingGoals: 13 Adik Beradik Selebriti Popular Di Malaysia, Mana Satu Pilihan Korang?

“Terima kasih kepada semua pihak yang tahu dan menyimpannya sebagai rahsia. Maafkan kami berdua sekiranya ada tersilap kata dan doakan kami berdua dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, insya-Allah.

“Saya sangat gementar untuk bergelar seorang ibu namun saya bersyukur kerana punya sistem sokongan yang kuat. Syukur juga bayi saya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah,”katanya lagi.

Untuk rekod, pasangan dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & kredit foto: Instagram Yana Alyahya

Published by
Fath