Bukan Gegar Vaganza lah namanya jika program realiti nyanyian popular itu tidak menjadi medan ‘pertarungan’ fesyen di antara pengacara dan pesertanya.
Pada edisi kesembilan yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dengan kemenangan Jaclyn Victor, REMAJA ingin mengimbas semula momen-momen fesyen mencuri tumpuan yang berlaku di atas pentas dan di belakang pentas.
Ramai benar yang merasakan inilah masanya untuk mempraktikkan frasa ‘more is more’ dengan rekaan beriben dan ‘berkepak’ pada busana masing-masing.
*
Let us start with a mild design for the lovely,
Fiza Frizzy.Fiza yang mengacarakan Gegar Vaganza Live Plus bagi penonton di YouTube kini sedang sarat hamil dengan anak ketiganya. Namun itu tidak sesekali dijadikan alasan untuk tidak bergaya dalam busana rekaan Shermaine SW yang mempunyai elemen riben besar pada bahagian dada. Comel kan!
Meneruskan trend riben besar berwarna merah jambu, pengacara Gegar Vaganza iaitu Elly Mazlein yang menyarung busana Mek Kembang Cotton pada peringkat separuh akhir minggu lalu. Tak baik tau Nabil bergurau dan menggelar Kak Lina sebagai hadiah! Hehe.. Apapun, kami suka melihat Kak Lina membuat pilihan bold ini.
Seawal minggu keempat pertandingan pula, Jaclyn Victor telah membawakan mesej lagu You Raise Me Up nyanyian asal Josh Groban ke dalam konteks persalinannya apabila memilih rekaan Freda Creation yang menggambarkan kepak pari-pari ini.
DAN siapa dapat melupakan imej Shila Amzah dalam busana Khuntumn dengan siluet bahu dempak dalam fabrik berbulu ini? Demi menyeimbangi bahagian atas busana yang sarat dan berskala besar ini, penata gaya Shila memastikan bahagian skirt kuncup dan hijab yang dipakai kekal minaml dalam rona ungu gelap sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Dari One In A Million Ke Asian Wave Sehinggalah The Masked Singer, Kini Shila Amzah Tunjuk ‘Taring’ Di Gegar Vaganza – REMAJA
Dan akhir sekali, Elly Mazlein memastikan pengalamannya selaku pengacara pengganti untuk Jihan Muse bagi musim ini berbekas di ingatan semua penonton apabila menyarungkan rekaan Wanpa pada malam finale. Elly yang ditata gaya oleh Miedy Daniel tampil berani dengan siluet berkepak daripada fabrik mengilau biarpun ada yang menggelarnya sebagai ‘aluminium bergerak’ di media sosial. Well, call her what you want. She rocked this look!
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Kampung People Ke Pentas VERSACE, Elly Mazlein Gah Sebagai Hos. Jom Intai Stail Selebriti Serba Boleh Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.