5 Cara Bagaimana Anda Boleh Elak Jadi Mangsa Manipulasi Media Sosial

Share

Semua orang perlu akui terutamanya golongan remaja bahawa dunia sekarang sememangnya 360 darjah berputar pada dunia laman media sosial. Segala berita hangat, trend terkini, perkongsian tip atau rujukan tentang pelbagai perkara kehidupan harian dilakukan di laman media sosial.

Setiap ketika mata kita pasti akan menghadap skrin telefon pintar. Malah tidak keterlaluan untuk Remaja katakan bahawa purata setiap generasi muda memandang skrin telefon mereka ialah sekali seiap 10 minit.

Jadi amat penting untuk kamu sebagai warga muda untuk membataskan kebergantungan terhadap laman media sosial. Jangan sampai diri kamu dimanipulasi dengan mudah oleh perkara-perkara yang muncul di laman media.

Mungkin kamu berasa setiap perkara yang melintas di laman media sosial terutamanya Facebook merupakan perkara biasa. Tetapi tahukah kamu bahawa setiap posting di timeline kamu telah mengikuti algoritma mengikut kecenderungan apa yang kamu biasa minat dan terokai.

Bagaimana untuk elakkan diri kamu dimanipulasi laman media sosial? Jom ikuti beberapa tip daripada Remaja.

1. Kenal pasti kenapa kamu harus scroll newsfeed di laman media sosial

Seperti Remaja katakan di atas, tidak semua perkara yang ada di newsfeed merupakan sesuatu yang muncul secara bebas. Ia sebenarnya berada di situ mengikut kecenderungan kamu. Tetapi ia tidaklah  bermakna kamu harus bersetuju dengan apa jua cadangan atau artikel yang muncul. Jika kamu tidak jelas bagaimana untuk mengetahuinya, maka kamu sendiri tidak mampu menghalang daripada dipengaruhi.

2. Bezakan antara kehidupan media sosial dan kehidupan sebenar

Guys, what happened in social media kadang-kadang patut dibiar di situ sahaja. Jangan terbawa-bawa ke dunia sebenar. Kita tidak tahu bagaimana kehidupan seseorang yang kita hanya kenali di media  sosial. Tiada siapapun memiliki kehidupan sempurna, kena ingat tu.

3. Jangan follow kerana trend, tetapi follow kerana kamu suka

Bukan nak cakap orang lain, kadangkala penulis sendiri pun kadang-kadang akan ‘ter-follow‘ akaun yang sebenarnya tiada membawa sebarang faedah pun. Apatah lagi jika akauan yang kita follow banyak  memberi pengaruh negatif contohnya menyebarkan gosip, bahan lucah dan macam-macam benda tak elok lagi.

4. Cuba berinteraksi dengan kawan-kawan dunia sebenar lebih kerap

Kini pelbagai kajian tentang hubungan sosial terkini mansuia telah dilakukan dengan munculnya bentuk komunikasi secara talian yang
kini menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lama-kelamaan kita boleh hilang pelbagai skil sosial yang hanya boleh dibentuk dengan hubungan dunia sebenar.

5. Bataskan waktu untuk kamu menggunakan telefon pintar

Dalam sehari, cuba bataskan diri kamu untuk tindak menggunakan telefon pintar selama satu atau dua jam. Cuba untuk offline dan nikmati hidup dengan melakukan pelbagai aktiviti sihat sama ada bersendirian atau lebih afdal bersama kawan-kawan.

Ingat, jangan biarkan media sosial membentuk peribadi kamu. Gunakan laman media sosial dengan baik mungkin.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim