5 Cara Bagaimana Nak Hadap Gosip Media Sosial

Share

Pada zaman yang sentiasa berlegar dalam dunia laman media sosial budaya gosip telah mencapai ke tahap yang lebih ekstrem. Setiap perlakuan kita lakukan di dunia maya akan diperhatikan dan kalau ada sahaja yang tidak kena pasti pantas menjadi bahan gosip sama ada dari orang asing atau rakan-rakan sekuliah sendiri.

Budaya screenshot IG stories, komen di Facebook dan tweet di Twitter telah menjadi sebagai salah satu corak bagaimana generasi sekarang bergosip atau dalam bahasa pasar sekarang, ‘membawang’. Jika korang tidak berhati-hati maka pasti ada individu yang kadangkala entah mengapa suka menyibuk hal orang lain sedangkan tak kacau hidup dia pun.

Cara menghindari gosip di laman media sosial sebenarnya senang sahaja. Aktifkan akaun kamu menjadi rpvate atau pun jangan memuat naik gambar, komen atau apa sahaja bentuk video yang bukan-bukan. Tetapi kira semua bukanlah insan sempurna. Kadangkala apa yang dikongsi itu tidak berniat buruk sekadar untuk ditatap bersama rakan-rakan laman media sosial.

Jadi bagaimana kalau tiba-tiba kamu menjadi mangsa gosip? Apa yang perlu korang lakukan? Ingat, jangan biarkan gosip itu menghancurkan keyakinan diri dan menjejaskan kehidupan seharian.

Jangan peduli dan sibukkan diri

Perkara paling penting sekali ialah jangan jadikan laman media sosial sebagai titik tengah kepada kehidupan seharian kamu. Usah terlalu bergantung kepada laman media sosial untuk melakukan aktiviti harian. Jika dapati ada gosip melibatkan kamu abaikan sahaja asalkan ia tidak terlalu ekstrem sehingga boleh menjejaskan nama baik korang dan keluarga. Sibukkan diri dengan melakukan hal lebih berfaedah. Percayalah jika makin korang layan makin menjadi-jadi.

Fikir dengan positif

Jika korang menjadi ‘bahan’ yang disbeut dalam gosip anggaplah ia sebagai satu perkara positif. Salah satu cara senang untuk menjadikan isu ini lebih baik ialah menjadikan perkara negatif kepada positif. Cuba fikirr jika mereka sibuk sangat bergosip tentang korang itu bermakna korang cukup penting dalam hidup mereka. Atau korang boleh jadikan ia sebagai alat untuk menilai siapakah sahabat yang boleh dipercayai atau tidak.

Korang di pihak yang menang

Katakanlah pada suatu hari nanti korang pula yang duk menyibuk bergosip tentang orang lain. Ketika itu sedarlah bahawa korang kini berada di pihak yang kalah. Menagapa? Sebab jika fikir secara mendalam sebenarnya bergosip ini bukanlah satu perkara yang membawa faedah pun. Ia hanya buat jiwa korang lebih serabut dengan hal-hal yang sangat remeh. Malah kadang-kadang mendengar orang mengumpat saja pun sudah cukup buat kita meluat.

BACA: 5 Petanda Besar Teman Lelaki Korang Belum Matang

Cantik luaran buruk di dalam

Pernah tak korang jumpa seseorang yang mempunyai rupa paras fizikal yang cantik atau kacak tetpai dalam lingkungan rakan-rakannya dia tidak penting pun. Orang-orang ini lambat laun akan lemas dalam rupa paras sendiri sedangkan perangai bergosip membuatkan mereka sering dipinggirkan. Ingatlah jika ada orang berkongsi keburukan orang lain dengan korang tidak mustahil korang juga akan diperlakukan perkara sama.

Jauhi gosip untuk lebih aman

Dan perkara terkahir sekali bagaimana untuk hadapi gosip adalah dengan mengabaikannya sama sekali. Dan cara paling mudah ialah menjauhi orang yang hobinya setiap hari suka bergosip. Percayalah kamu tidak rugi apa-apa jika tidak berkawan dengan orang seperti ini. Mungkin dengan menjauhi boleh buat mereka fikir tentang kelkuan buruk itu. Hidup tanpa gosip murahan akan buat hidup korang akan lebih aman!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim