Siapa yang tidak mahu memiliki bentuk tubuh yang ideal bukan? Namun harus diingatkan bahawa tubuh yang ideal bukanlah menjadi terlalu kurus, sebaliknya ukuran berat anda di dalam linkungan BMI (Indek Tubuh Normal) iaitu di antara 18.5 ke 24.9. Nak kurus bukan bererti harus menahan lapar sebaliknya jaga pola pemakanan dengan berhemah dan nikmati makanan yang memberikan nilai positif kepada tubuh.
Setiap kali selepas makan malam pasti anda akan berasa mengantuk dan terus tidur. Sebaiknya, makan tiga jam sebelum waktu tidur untuk mengelakkan kalori yang anda makan disimpan dalam bentuk lemak kerana tidak digunakan. Kalau boleh cuba amalkan makan malam sebelum jam 8 malam dan nikmati makanan yang tidak terlalu berat dan berkabohidrat tinggi.
Bukanlah tak boleh makan pencuci mulut seperti kek yang manis. Namun hadkan pengambilan kek dan kuih muih manis sebagai pencuci mulut bagi mengelakkan pertambahan kalori, mungkin boleh menikmatinya seminggu sekali dalam hidangan yang kecil. Sebaiknya gantikan dengan buah-buahan segar yang lebih berkhasiat.
Jangan malas untuk membaca label kandungan makanan yang anda beli. Dari situlah anda boleh tahu jumlah gula garam dan juga bahan kimia yang dicampurkan. Kadang-kadang produk makanan yang dilabel sebagai kurang manis sebenarnya mengandungi lebih banyak dari kandungan gula makanan yang tidak dilabel sebagai kurang manis. Hati-hati dengan kandungan makanan anda ya!
Sebelum menjamu selera, minum segelas air kosong. Tip ini membuatkan anda berasa lebih kenyang dan makan dalam portion yang lebih kecil. Pastikan anda minum lapan gelas air sehari untuk tubuh yang seihat terhidrat.
5. Berhati-hati Dengan Jus. Bukan Semua Bagus.
Kebanyakan jus buah yang anda nikmati dan beli di restoran atau kedai sudah dicampur dengan gula yang banyak. Sebaik-baiknya nikmatilah jus buah tanpa gula berbanding telah diproses dan dicampur pelbagai jenis bahan. Kandungan vitamin dan mineral lebih terjamin.
***P/S – Kalau diet sahaja pun tak berkesan, kena bersenam juga. Biar keluar peluh demi kesihatan.