Kita bertuah kerana untuk tahun kedua berturut-turut, penyanyi dan ikon fesyen, Dua Lipa telah memilih Malaysia sebagai destinasi pilihannya!
Jika pada tahun lalu, Dua ke sini untuk memeriahkan festival muzik Good Vibers 2017 di The Ranch Genting Highlands. Sekali lagi, Dua akan bersama peminatnya di Malaysia pada malam ini sempena jelajah ‘The Self-Titled Tour’ di KL Live.
Bagi korang yang bertuah untuk mendapat tiket (serius, habis cepat Februari lalu!) untunglah dapat berjumpa dengan Dua lagi. Jelajah yang dibawakan oleh iMe Group ini juga akan menyaksikan Dua membawa lagu popularnya seperti New Rules, IDGAF, Scared To Be Lonely
dan Blow Your Mind (Mwah)
* * * * *
Sejak tahun lalu, Dua dilihat sebagai ikon muzik dan fesyen baru yang mudah didekati dan diminati peminat. Ada yang meminati gaya rambut (termasuk kami). Ada juga yang meminati gaya pakaiannya yang berstail tetapi ringkas dan kasual.
Walaupun selalu berseluar joggers saja, Dua bijak mengolah penampilan dengan kombinasi warna dan jenis baju berbeza.
Tak percaya? Jom tiru 5 stail seluar joggers seperti ini!
* * * * *
Disebabkan Dua ingin naik kapal terbang, jadi sememangnya keselesaan itu penting. Kalau sejuk sangat dalam flight nanti, sarung je sweater yang terikat dekat badan.
* * * * *
Masih di airport kerana Dua kan orangnya sibuk, selalu perlu memenuhi jadual persembahan di seluruh dunia.
Kali ini, Dua memilih bomber jacket berkain baldu. Mungkin negara tersebut sedang musim sejuk kot. Sebab itu, baldi jadi pilihan Dua.
* * * * *
Inilah sebab kami sukakan seluar joggers yang boleh dibutang di tepi. Kalau panas, unbutton. Kalau sejuk, tutup litup.
Joggers berbutang juga adalah alternatif terbaik untuk korang yang teringin nak pakai skirt tapi tak nak terlalu ‘menonjol’.
* * * * *
Dengan seluar joggers pun boleh pakai ankle boots tau! Seperti Dua, seluar tersebut boleh dimasukkan ke dalam untuk imej yang lebih kemas.
* * * * *
Ini juga salah satu cara untuk menggayakan seluar joggers. Padankan dengan blaus berwarna solid agar korang nampak lebih feminin walaupun lasak.
* * * * *
Tapi kalau korang nak nampak feisty dan lincah, gayakan seluar joggers dengan warna baju yang sama. Umpama satu set jumpsuit, penulis teringat pula dengan gaya Scary Spice, Mel B.