Cyber bullying kini seakan sudah menjadi satu epidemik baru yang muncul tanpa henti di kalangan pengguna Internet di seluruh dunia. Di negara kita juga masalah pembuli sider ini juga semakin menjad-jadi apatah lagi dengan keterbukaan dan keupayaan semua orang untuk berkongsi kehidupan mereka di laman media sosial pada hari ini.
Kalau diikutkan definisinya, cyber bullying membawa maksud seseorang yang menggunakan peranti elektronik atau telekomunikasi untuk membuli orang lain. Dan biasanya ia dilakukan dengan menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengajak atau mempengaruhi orang lain dan juga mengugut.
Kes-kes buli di alam siber ini pada suatu ketika dianggap remeh. Namun dengan sudah banyak kes buli yang hingga menyebabkan mangsa mereka membunuh diri, ia kini dianggap sebagai jenayah serius.
Remaja turut menyokong semua usaha atau kempen anti buli siber terutamanya yang dilancarkan baru-baru ini. ‘Spread Truth Not Lies’ yang turut disertai oleh bebrapa nama besar dalam industri hiburan seperti Neelofa, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish dan Kavita Sidhu.
Kempen yang dikepalai oleh Neelofa ini dilancarkan bagi bertujuan untuk sama-sama memberi kesedaran kepada orang awam akan kepentingan serta bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada pembuli siber dan berita palsu.
Jadi bagaimana untuk kita sebagai pengguna harian Internet boleh menghalang siber buli daripada terus berleluasa?
Remaja ada 5 tip berguna untuk korang.
Pertama sekali, pembuli siber ini pembakar semangat mereka ialah perhatian. Apabila orang yang disasarkannya mula melatah dan memberikan reaksi, pembuli ini akan semakin menjadi-jadi. Ingat, apa yang mereka mahukan ialah reaksi daripada korang. Jadi jangan hirau dan layan mereka.
Ya, Remaja tahu kadangkala kamu berasa sangat penting untuk menegakkan apa yang kamu rasa perlu. Namun dengan melawan kekerasan dengan kekerasan ia hanya membuakkan lagi rasa amarah mereka. Jadi, elakkan jadi mudah melatah dan jika sekali pun mahu memberi komen balas, berilah dengan cara yang boleh buat dia berfikir. Kalau tak berjaya juga, just ignore them.
Antara perkara yang boleh kamu lakukan sebagai langkah berjaga-jaga ialah dengan melakukan dokumentasi. Setiap komen, kata-kata tidak kiralah dalam apa jua bentuk sama ada tulisan, audio ataupun video kamu perlu simpan. Jika ia menjadi keterlaluan kamu boleh menggunakan bukti tersebut sebagai ‘senjata’ untuk mereka berdepan dengan pihak berkuasa.
Jika gangguan si pembuli datang dalam bentuk mesej ringkas, teks, komen atau private message, do yourself a favour. Gunakan setting yang ada disediakan di semua paltform laman media sosial untuk block
mereka. Jika kamu dalam ruang chat public, tinggalkannya dengan segera.Masalah pembuli siber kadangkala semakin menjadi-jadi disebabkan tidak ada atau tidak cukup orang yang berani bersuara untuk melindungi mangsa. Gunakan peranan kamu sebagai kenalan di alam cyber atau sebagai follower untuk membantu mereka yang dibuli. Setiap satu komen mampu membuatkan pembuli kelihatan lebih kecil. If you can’t stop them at least cubalah membantu mereka dan buat laporan terhadap perlakuan mereka.
Foto: IG Neelofa