Foto Via Pexels

Sudah lebih kurang setahun lamanya rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk ke luar negara ekoran daripada situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Jangankan luar negara, dah beberapa bulan ini juga kita semua masih tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri.

Semalam, penduduk di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya menarik nafas lega bila akhirnya  kita dapat merasai sedikit kebebasan apabila ia diumumkan akan beralih ke fasa dua bermula esok, 10 September 2021.

Disebabkan oleh itu, kebanyakan daripada mula memutuskan untuk bercuti atau ‘staycation’ hujung minggu ini. Korang boleh bayangkan tak suasana yang sangat tenang dan charming yang terletak tidak jauh dari pusat bandar? Bukan tu je, malah ia juga dikelilingi oleh flora dan fauna yang boleh menenangkan jiwa yang penat. Fuhh, jom checkout!

  1. Pulaihtree Retreat, Kuala Kubu Bharu

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

Hanya mengambil masa 1 jam dari Kuala Lumpur, lokasi ini sangat sesuai untuk korang yang rindukan alam semulajadi dan inginkan weekend gateaway sekitar Selangor.

Ianya dibina di atas sebuah bukit private dan dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang memberikan suasana tenang dan romantik. Kalau datang bersama pasangan pun nice juga di sini.

2. KEPYOK, Beranang, Selangor.

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

Ads

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

KEPYOK merupakan guest house yang sangat sesuai untuk didiami oleh keluarga besar atau untuk mereka yang datang beramai-ramai bersama rakan-rakan. Terdapat dua bahagian di KEPYOK dan bahagian pertama dikenali sebagai Rumah Agong di mana ia mempunyai ruang tamu, ruang makan. dan juga dapur yang lengkap.

3. The Nahara Kalumpang, Selangor
5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’
5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’
Kalau korang mencari tempat untuk berehat sambil menyejukkan diri mandi sungai, korang boleh pergi ke The Nahara, Kalumpang. Lokasi ini boleh tahan jauh juga sebab terletak di Rawang dan hanya 15 minit sahaja dari Tanjung Malim. Kalau korang jenis yang sukakan nature, lokasi ini memang best. 

Bila pergi ke sungai ni, macam-macam aktiviti yang korang boleh buat seperti mandi-manda, piknik, dan juga ber-BBQ bersama rakan-rakan atau keluarga.

4. SARANG BY THE BROOK, Kuala Kubu Bharu, Selangor

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

Ads

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

Anak-anak dah tepu dan merengek ajak pergi jalan-jalan kan…Kalau korang tak tahu nak bawa anak-anak pergi bercuti ke mana hujung minggu ni, apa kata korang cuba bawa mereka ‘staycation’ disini.

Penginapan unik berupa kontena berwarna ‘tiffany blue’ yang murah, lengkap dengan kolam renang, dikelilingi alam semulajadi yang menyejukkan serta boleh beriadah bersama keluarga di air terjun berdekatan.

5. Tadom Hills

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

Ads

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga berbaloi untuk bercuti bersama rakan–rakan, Tadom Hill Resort yang dikelilingi tasik buatan dan alam semulajadi ini pasti menjadi pilihan utama anda. Hanya lebih kurang 45 minit perjalanan di ibu kota, tempat percutian dan banyak aktiviti ini memang dah lama viral tau. Dah ramai orang tahu sebabnya tempatnya memang best sangat-sangat.

6. RIVER & GLAMP, Nur Laman Bestari Eco Resort.

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’

Kalau korang rindukan aktiviti glampling, boleh pergi di River & Glamp ini. Merupakan pakej percutian glamping dengan pemandangan sungai yang cukup menenangkan serta terletak di sebelah Hutan Lipur Sungai Tua! Sejuk dan sangat mendamaikan jiwa…

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh korang lawati, tapi buat masa ni penulis bagi lima ‘port’ dulu. nanti korang pening pula nak pilih.hehehe

So apa tunggu, jom plan dengan kawan-kawan korang. Tapi SOP jangan dilupa okay!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI