Bukan hanya wanita yang memiliki bentuk badan berisi saja mempunyai masalah ‘besar’ di bahagian paha, tapi ada yang bertubuh kurus juga tak lepas daripada masalah ini.
Jadi, ramai yang tanya macam mana nak kecilkan paha mereka. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh korang lakukan hanya di rumah untuk mengecilkan paha.
1. Wall sit
– Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding
– Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan korang sedang duduk di atas kerusi.
– Bila dah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang boleh sebelum berdiri tegak semula. Kebanyakannya hanya mampu tahan beberapa saat saja pada mulanya tapi bila dah biasa buat, korang pasti dapat bertahan dengan lebih lama.
– Pasti kan badan tegak semasa ‘duduk’.
– Cuba buat selama 10 saat pada permulaan dan bertahan sehingga satu minit setelah melakukan beberapa kali. Lakukan lima kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
2. Pergerakan ‘menggunting’
Latihan ini menumpukan pada bahagian paha sebelah dalam dan sangat senang untuk melakukannya. Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.
Bayangkan pergerakan seperti gunting yang memotong kertas. Silangkan kaki dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan.
Ulang langkah ini hingga 12 ke 15 kali untuk setiap set. Korang akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian paha.
3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan posisi sebelah tangan ke atas dan letakkan tapak tangan yang sebelah lagi tu di atas lantai bahagian depan korang. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas dan pusingkan kaki yang diangkat itu mengikut pusingan jam.Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika mampu.
4. Pakai kasut tinggi
Ha, jangan terkejut. Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan paha. Walaupun amalan memakai kasut tinggi ni boleh beri kesan buruk kepada kaki dan postur, jadi korang kena la berhati-hati. Kajian menunjukkan bahawa perempuan tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit yang melebihi dua inci.
5. Melompat atas trampolin
Aktiviti ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan selama setengah jam dan ia dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan.
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.
Tip ini dikongsi oleh seorang wanita yang pernah mengalami berat badan yang berlebihan dan sekarang telah pun berjaya mengekalkan berat badan ideal.
Sumber: kevinzahri.com