Pelakon berusia 31 tahun, Aniq Durar menjadi sebutan setelah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Aniq menerima pengiktrifan itu menerusi filem Pagari Bulan arahan sutradara prolifik, Raja Mukhriz Raja Ahmad yang mengisahkan tentang Bulan lakonan Nazeera Sardi yang diculik tentera Jepun dan dipaksa menjadi pemuas nafsu tentera Jepun.

5 Fakta Menarik Mengenai Pelakon Lelaki Harapan FFM 33, Aniq Durar Yang Korang Tidak Tahu

Sebagai Leftenan Miura dalam filem Pagari Bulan, Aniq memainkan watak seorang tentera Jepun berintegriti dan berpegang kepada moral peribadinya ketika tiba di Tanah Melayu.

Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang lakonan, Aniq berjaya mengenepikan saingan lain termasuklah calon kegemaran, Tan Kim Wang menerusi filem Abang Adik, Yusuf Bahrin (The Lord Musang King), Danish Zamri (Memoir Seorang Guru) dan Safwan Nazri (Malbatt: Misi Bakara).

Buat korang yang belum begitu mengenali Aniq, jom lihat lima fakta menarik mengenainya!

 

01

Pemilik nama penuh Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx ini mendedikasikan trofi Pelakon Lelaki Harapan tersebut kepada arwah bapanya. Aniq berdarah kacukan Melanau-Pakistan dan ia terserlah pada rupa paras fizikal serta ketinggian yang dimiliki olehnya.

Ads

 

02

Aniq melanjutkan pengajian di Universiti Monash, Australia dalam jurusan perniagaan. Sekembalinya ke Kuching Sarawak, Aniq terlebih dahulu bekerja dalam bidang pentadbiran di sebuah muzium di Sarawak selama dua tahun sebelum nekad berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2019 untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.

5 Fakta Menarik Mengenai Pelakon Lelaki Harapan FFM 33, Aniq Durar Yang Korang Tidak Tahu

 

03

Rezeki Aniq di Kuala Lumpur pada awalnya lebih menjurus ke arah bidang peragaan iklan komersil. Pada masa yang sama, Aniq mengasah bakat lakonannya dengan mengikuti bengkel kelolaan Joe Hafsham dan Faridah Merican. Di situ juga, Aniq sedar dirinya perlu terus memperbaiki pertuturan bahasa Melayu agar ia lebih lancar.

Ads

 

04

Berbanding barisan pelakon lelaki baharu, Aniq agak lewat sebelum memulakan graf seninya. Biarpun begitu, Aniq tidak memandang perkara itu sebagai satu masalah dan percaya setiap anak seni mempunyai perjalanan sendiri. Yang penting buatnya adalah kerja keras dan terus berusaha. Sebagai contoh, demi menjayakan watak Leftenen Miura, Aniq sanggup membotakkan kepala walaupun selama ini Aniq sudah sinonim dengan imej berambut panjang.

5 Fakta Menarik Mengenai Pelakon Lelaki Harapan FFM 33, Aniq Durar Yang Korang Tidak Tahu

 

Ads

05

Aniq kini merupakan pelakon lelaki pilihan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan. Selepas filem Pagari Bulan, dia terpilih pula untuk menjayakan dua lagi buah filem yang belum ditayangkan di pawagam. Salah satunya berjudul Nyonya Ronggeng yang juga diarahkan oleh Raja Mukhriz. Aniq juga tidak menolak peluang menjayakan naskah drama bersiri dan wajahnya lebih dikenali selepas membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta di samping Redza Rosli serta Tracie Sinidol.

5 Fakta Menarik Mengenai Pelakon Lelaki Harapan FFM 33, Aniq Durar Yang Korang Tidak Tahu

TAHNIAH Aniq Durar.

Sebagai rekod, di antara penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan terdahulu di FFM termasuklah John Tan (You Mean The World To Me, 2017); Zul Ariffin (Penanggal, 2013); Izzue Islam (29 Februari, 2012); Zahiril Adzim (KAMI The Movie, 2009); Zizan Nin (Cinta Terakhir, 2007); Que Haidar (Castello, 2006) dan Hasnul Rahmat (KL Menjerit, 2003).

FOTO: Instagram // aniqdurar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI