Isi Kandungan

 

Sekiranya korang menonton perlawanan di antara Jepun dan Senegal semalam, pastinya kamu akan tertarik dengan satu perkara ini.

 

Bukan, kami tak bercakap tentang prestasi pemain pasukan Jepun atau Senegal. Tetapi tentang rekaan stadiumnya yang – hhm – unik.

Bertempat di Yekaterinburg Arena di Rusia, stadium ini terpaksa melalui proses pengubah suaian yang drastik bagi menampung piawaian penganjur Piala Dunia kerana saiz asalnya terlalu kecil manakala kapasiti penontonnya tidak mencukupi.

Disebabkan ubah suai tersebutlah, kini Yekaterinburg Arena dinamakan sebagai stadium paling berbahaya di Rusia, mungkin juga di dunia! Jom tengok apa sebab utamanya.

 

01

5 Fakta Mengenai Stadium Di Rusia Ini, Paling Berbahaya Di Dunia?

Ads

Stadium ini asalnya dibina pada tahun 1957. Ia hanya boleh menampung 35,000 orang penonton, 8,000 lebih kurang daripada jumlah yang dikehendaki.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Ekaterinburg Arena ‘ditebuk’ pada dua bahagian stadium itu untuk menempatkan tempat duduk baru di atas palang scaffolding – sama seperti palang construction site!

 

02

5 Fakta Mengenai Stadium Di Rusia Ini, Paling Berbahaya Di Dunia?

Ruang tempat duduk sementara ini siap dibina pada Disember 2017 dan sejak itu, ia telah diuji oleh netizen di Rusia. Nampaknya mereka masih boleh menonton, cuma jantung pastinya berdebar.

 

Ads

03

5 Fakta Mengenai Stadium Di Rusia Ini, Paling Berbahaya Di Dunia?
Tinggi sangat sehingga stadium menyediakan televisyen besar untuk penonton.

 

5 Fakta Mengenai Stadium Di Rusia Ini, Paling Berbahaya Di Dunia?

Pada ketinggian 45 meter (148 kaki), ia adalah antara tempat duduk penonton paling tinggi pernah wujud dalam sesebuah stadium. Kalau korang alami rasa gayat, lebih baik beli tiket yang mahal sedikit di tempat duduk di bawah.

 

04

5 Fakta Mengenai Stadium Di Rusia Ini, Paling Berbahaya Di Dunia?

Ads

Penonton perlu memanjat 300 anak tangga untuk sampai ke barisan tempat duduk tertinggi.

 

05

5 Fakta Mengenai Stadium Di Rusia Ini, Paling Berbahaya Di Dunia?

Bukan saja penonton di tempat duduk sementara ini boleh menonton perlawanan di atas padang dengan jelas, mereka juga boleh menikmati pemandangan bandar Yekaterinburg

 

Hhm, kalau hujan atau cuaca terlampau terik, penonton juga perlulah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

 

Macam mana, berani tak?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI